Pelakon Sharnaaz Ahmad mendoakan perkahwinan bekas isterinya, Noor Nabila dan Engku Emran berbahagia ke anak cucu.

Perkara itu dibuat menerusi satu posting terbaru di Instagramnya, sebentar tadi.

“Nabila berhak untuk cari kebahagiaan dia sendiri, bagi saya untuk dia mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran sangat baik.

“Saya sebagai bekas suami dia ingin ucapkan selamat pengantin baru, semoga berbahagia ke anak cucu.

“Jaga jebat elok elok naa,” katanya ringkas.

Posting berkenaan kemudian menimbulkan pelbagai reaksi pengikut Instagramnya.

Ada yang mendoakan supaya Sharnaaz tabah, namun tidak kurang juga yang sedih dengan apa yang terjadi.

“Sedihnya jaga Jebat elok-elok tu”

“Dalam maksudnya, bapa mana yang terkesan”

“Moga Sharnaaz kuat semangat” tulis beberapa netizen.

Anda boleh lihat posting Sharnaaz di bawah.

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad)

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad)



Terdahulu Noor Nabila, 36, melangsungkan pernikahan dengan pilihan hatinya, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 46, kira kira jam 10.02 pagi tadi di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail.

Dengan sekali lafaz, pasangan ini dinikahkan adik Nabila sendiri iaitu Mohamed Aqief Mohd Noor berwakilwalikan bapa kandungnya.

BACA: Spekulasi Terjawab! Sah, Engku Emran & Noor Nabila Bernikah Hari Ini

BACA: Muat Naik Lagu Waiting In Vain, Netizen Speku Sharnaaz Ahmad Sedang Bersedih? - “Kuatkan Semangat Demi Jebat”


Sekadar info, Nabila bercerai dengan pelakon Sharnaaz Ahmad, Julai tahun lalu selepas hampir setahun berdepan kemelut rumah tangga.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Jebat Jayden.

Engku Emran pula berpisah dengan bintang Indonesia, Laudya Cynthia Bella, Julai tahun lalu, selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Sebelum ini, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres, Erra Fazira dan dikurniakan cahaya mata, Engku Aleesya.