Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memaklumkan terdapat perubahan waktu solat subuh bagi seluruh kawasan di negeri ini bermula esok dengan tambahan lapan minit daripada waktu asal semasa.
Menerusi satu kenyataan hari ini, JAIS memberitahu perubahan waktu solat subuh itu dibuat hasil kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan penyelidik daripada Universiti Malaya (UM) berdasarkan kepada kecerahan langit pada tempoh masa berkenaan.
Menurut kenyataan itu lagi, perubahan waktu solat subuh itu juga telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MZI) kali ke-116.
"Perubahan waktu solat subuh itu telah diperkenankan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini untuk dikuatkuasakan di negeri ini," kata kenyataan itu.
Mengikut laman web JAIS, waktu solat subuh hari ini bagi kawasan Gombak, Petaling, Sepang, Hulu Langat, Hulu Selangor, Rawang dan Shah Alam adalah pada 5.43 pagi; Kuala Selangor dan Sabak Bernam (5.46 pagi); manakala Klang dan Kuala Langat (5.43 pagi).
Sumber: Astro Awani
Pelakon Dr Pontianak Alami Kisah Mistik Diganggu Hantu! | Singgah Set
Kimberly Chuah bagitahu kat Cik Bam yang diorang diganggu perkara mistik ketika penggambaran Dr Pontianak. Sharifah Sakinah pulak tak puas hati Cik Bam datang time dah nak habis waktu shooting. Mierul Aiman sempat bagi pickup line kat Cik Bam.
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita