Viral
JAKIM Sahkan Roti Jenama Ikhwan Tiada Sijil Halal
Produk roti jenama Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
BERITA TRENDING: Pelanggan Mula Menjauhi Premis Perniagaan GISBH
JAKIM dalam kenyataan, berkata semakan melalui Portal Halal Malaysia mendapati produk itu tidak memiliki SPHM yang sah."Kita mengambil perhatian serius terhadap pertanyaan yang diterima mengenai produk berkenaan yang tular ketika ini.
"Perkara ini melanggar Akta Perihal Dagangan 2011 di bawah perenggan 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011," katanya lapor Berita Harian.
Advertisement
Dalam hal itu, katanya, JAKIM sudah berhubung dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri untuk mengambil tindakan penguatkuasaan segera.
"Sekiranya didapati berlaku penyalahgunaan logo atau sijil halal pada produk, pihak syarikat boleh dikenakan tindakan di bawah akta terbabit," katanya.
Menurutnya, akta berkenaan menetapkan semua makanan dan barang-barang tidak boleh diperihalkan sebagai halal dengan cara lain untuk menunjukkan makanan atau barang-barang itu boleh dimakan atau digunakan oleh orang Islam.
"Melainkan ia diperakukan sebagai halal oleh pihak berkuasa berwibawa dan ditandakan dengan logo sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah terbabit," katanya.
Terdahulu, Pusat Kajian Ajaran Sesat Malaysia (PUKAS) di media sosial mempersoal kesahihan logo halal JAKIM pada produk roti berkenaan.
BERITA TRENDING: Eksploitasi Kanak-Kanak, Agama: Modus Operandi GISB, Kanak-Kanak Dididik Cara Meliwat, Diliwat - KPN
Must-Watch Video