Hiburan
Jalani Ujian Saringan COVID-19, Uyaina Arshad Tak Tahan Sakit
Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad mendedahkan dia terpaksa melakukan ujian saringan COVID-19 memandangkan kawasan tempat kerjanya berada di kawasan zon merah.
Jelas Uyaina, 28, swab test telah diwajibkan memandangkan dia antara pekerja yang tidak bekerja dari rumah.
"Media Prima, One Utama semua hot spot. Jadi kitorang semua kena buat swab test.
"Kalau tak, tak boleh bersiaran. Demi keselamatan orang lain," tulisnya di Instagram (IG).
Perkongsian itu turut dimuat naik dengan rakaman sebuah video ketika melakukan ujian terbabit.
Dalam pada itu, Uyaina atau nama sebenarnya, Saidatul Naseha Uyaina Arshad tidak dapat menahan rasa sakit sehingga menitiskan air mata.
"Orang lain buat swab test ni relax je. Tak sakit pun. Tapi, Yana rasa sakit.
"Doktor jolok hidung je, tapi rasa sampai ke otak. Padahal doktor buat dah sehabis lembut dah," tulisnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Uyaina merupakan salah seorang pelakon utama drama cinta dan konflik berjudul Perempuan Tanpa Dosa.
Membawakan watak Usu Sakinah, banyak yang memuji lakonan berkesan Uyaina sebagai gadis kampung yang begitu sopan dan sabar memenangkan cintanya.
Selain Uyaina, drama yang diarahkan oleh Michael Ang ini dibintangi pelakon handalan lain seperti Kamal Adli, Uqasha Senrose, Zac Zaky, Yusuf Bahrain dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan Perempuan Tanpa Dosa di slot MegaDrama pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran Ria (124) dan Ria HD (104).
Must-Watch Video