Laman Utama

Jamal Abdillah Pasang Niat Berduet Dengan Judika; “Nyanyian & Suara Dia Itu Yang…”

gempak
Shahrin Zulkifle
01/10/2022
06:13 MYT
Sponsor Banner
Jamal Abdillah Pasang Niat Berduet Dengan Judika; “Nyanyian & Suara Dia Itu Yang…”
Penyanyi lagenda, Datuk Jamal Abdillah akui teringin untuk berduet sama dengan penyanyi popular Indonesia, Judika.
Jelas Jamal, 63, dia amat meminati suara pelantun lagu Aku Yang Tersakiti itu, malah dia sudah pun berusaha untuk berurusan dengan pihak Judika agar impiannya itu dapat direalisasikan.

Suara Judika Unik

“Saya berhajat suatu hari nanti saya akan dapat bawa Judika untuk berada pada satu konsert yang sama dengan saya.
“Sebenarnya saya sedang cuba berurusan juga dengan pihak Judika untuk merealisasikan impian itu terjadi, tapi masih belum berjaya lagi.
“Apa yang boleh saya katakan nyanyian Judika sangat berbeza, kalau duduk sebelah dia, saya boleh rasa tercabar. Cara nyanyian dan suara dia itu yang sangat unik membuatkan saya suka,” katanya.

Konsert Canggung

Jamal ditemui pada sesi sidang media Konsert Canggung Datuk Jamal Abdillah bertempat di Royale Chulan, Kuala Lumpur pada Khamis.
Ditanya mengenai konsert tersebut, Jamal akui teruja apatah lagi konsert itu turut membariskan beberapa penyanyi tanah air seperti Khai Bahar, Wany Hasrita, Amir Masdi, Aweera dan Amelina.
“Konsert ini membariskan semua artis-artis yang popular, jadi saya akan berduet dengan beberapa artis dan itu merupakan tanggungjawab yang besar untuk saya.
“Saya rasa sangat teruja dan dalam masa yang sama rasa ada satu cabaran baru untuk saya kerana berduet dengan barisan penyanyi tersebut,” tambahnya.

Konsep Irama Malaysia & Pop

Sementara itu, selaku penganjur dan penerbit Zeel Production Sdn Bhd, Fadzil Teh berkata, Konsert Canggung Datuk Jamal Abdillah yang juga merupakan buah tangan sulung syarikatnya bakal menggabungkan konsep irama Malaysia dan pop.
“Sepanjang persembahan akan diselitkan irama Malaysia selain elemen pop yang menjadi identiti Datul Jamal Abdillah, ia termasuk daripada segi pemilihan lagu.
“Pastinya penonton bakal disajikan dengan sebuah persembahan yang mengasyikkan dan terbuai dengan lantunan vokal hebat Datuk Jamal,” katanya.

Tiket Konsert

Konsert Canggung Datuk Jamal Abdillah yang bakal berlangsung pada 29 Oktober depan telah memilih Dewan 2020, Kangar, Perlis sebagai lokasinya.
Peminat boleh mendapatkan tiket pada harga bermula RM99 (Ghazal Untuk Rabiah), RM119 (Kepadamu Kekasih), RM299 (Seroja), RM499 (Kekasih Awal & Akhir) dan RM10,000 (VIP Box : 10 pax with Meet & Greet).
Untuk maklumat lanjut, layari www.zeelproduction.com atau nombor hotline 012-3530611.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024