Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Janda Tua Ada, Janda Muda Ada" - Masih Ramai Wanita Cuba Dekati Jaafar Onn, Ada Bisik Ajak Kahwin!

Amri Hassan
18/06/2023 02:55 MYT
Personaliti veteran Jaafar Onn akui masih ada wanita yang cuba mendekatinya dan mengajak untuk mendirikan rumah tangga.

Namun kata Jaafar, 72, dia mengambil keputusan untuk hidup seadanya dan enggan menambah komitmen dengan punyai teman hidup.

"Saya tak nak kahwin lagi dah, bila umur 72 tahun ni tiada siapa mampu menjadi suami atau bapa, kerana kerja penat dah tua-tua ni. Tak payahlah!

"Kalau kata nak jaga kita, betul-betul ikhlas ker? Saya pun bukan banyak harta. Saya hanya ada tanah kat kampung, tu pun dah jual.

"Tapi hal sebetulnya, memang ramai nak dekati saya, ramai! Konon-konon ajak berteman pergi majlis. Janda tua ada, janda muda ada. Kalau pergi ajar masak tu adalah yang bisik-bisik ajak kahwin.

"Saya jawab, kahwin buat apa? Lebih senang hidup seorang diri, tak payah pening kepala dah," katanya kepada Gempak.

BACA: Dah Tua Pun Galak Main TikTok, Jaafar Onn; "Kalau Berehat, Siapa Nak Bagi Duit?"

BACA: Orang Suruh Bertaubat, Jaafar Onn; "Selembut-Lembut Saya, Tak Pernah Pun Susahkan Orang Minta Sedekah ..."


Jaafar yang baru dilantik sebagai duta Restoran Nasi Kukus Tonggek menambah, dia sering menjadi perhatian golongan wanita sejak di bangku sekolah ekoran fizikalnya yang lebih tinggi berbanding pelajar lain.

"Tak tahulah, handsome ker saya? Saya pun tak tahu nak nilai diri sendiri.

"Zaman sekolah dulu memang perempuan gilakan saya. Macam mana kau gilakan aku? Mungkin sebab saya paling tinggi.

"Malah, kalau saya ke luar negara, orang ingat saya pelakon luar, bukan dari Malaysia. Bila cakap dari Malaysia, orang ingat semua rakyat Malaysia rendah-rendah.

"Mungkin sebab saya campuran Indonesia, Pakistan dan Melayu," tambahnya.

Untuk rekod, Jaafar pernah mendirikan rumah tangga bersama wanita dari Negeri Sembilan pada 1983 namun berpisah pada 1987.

Hasil perkahwinan itu, Jaafar dikurniakan seorang cahaya mata.

#pelakon #Kahwin #Janda #Jaafar Onn #Nasi Kukus Tonggek #Cili Padi