Laman Utama
“Jangan Berpeluk Tubuh, Cari Jalan…” – Acong Jual Pemanis Mulut Tambah Sumber Pendapatan
Vokalis Sweetchild, Acong mengakui terkesan apabila terpaksa merehatkan kerja seni akibat pandemic Covid-19.
Bagaimanapun Acong berkata, dia tidak mahu berpeluk tubuh dengan tidak melakukan apa-apa kerana ia akan merugikan diri sendiri.
Oleh itu, Acong bernekad untuk meneruskan kehidupan dengan berniaga pemanis mulut dengan isterinya, Marya Zuraida.
“Semua kerja seni ditangguhkan kerana Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 dilanjutkan. Jadi saya fikir daripada terus mengeluh lebih baik lakukan sesuatu.
“Kebetulan isteri saya kata dia nak cuba buat pai keju pelbagai perisa. Dan saya terus bersetuju kerana bagi saya tidak salah kita berusaha.
“Yang penting niat kita baik dan ikhlas dalam setiap perkara dilakukan pasti ada manisnya di kemudian hari,” katanya.
Tambah Acong, setakat ini dia dan isteri membuat penghantaran sendiri dan tidak malu berbuat demikian.
“Yang penting dapur berasap. Apa nak malu, kita buat kerja halal. Tawakal pada Allah,” katanya.
Dalam pada itu Acong berkata, orang ramai yang ingin mencuba pemanis mulut istimewa daripada dia dan isteri boleh menempah di Instagram @maryazuraida.
Acong sebelum ini pernah bernaga cendol santan sawit di Punggol, Singapura dan tidak menyangka perniagaan yang diusahakan secara kecil-kecilan itu menjadi tular.
“Saya bersyukur isteri sentiasa berada disisi dan memberikan semangat. Dialah kekuatan saya,” kata Acong.
Must-Watch Video