Pelakon Arja Lee meluahkan rasa kesal apabila kuih raya yang sepatutnya diberikan kepada pelanggannya rosak teruk kerana tidak dikendalikan dengan baik oleh sebuah syarikat kurier.

Arja memaklumkan perkara itu menerusi video pendek yang dimuat naik di akaun Instagramnya semalam.

Arja mendakwa dia mengalami kerugian kecuaian kecuaian kurier itu telah menyebabkan jumlah keseluruhan 24 bekas kuih Tart Nanasnya hancur dan pecah.

“Kejadian yang baru sahaja terjadi dan saya amat kecewa atas kelalaian ini. Ini tidak sepatutnya berlaku pada peniaga seperti kami @arjascookies ataupun semua peniaga di luar sana.

“Mana mungkin melalui jalan darat ia mengakibatkan gelora yang amat sangat pada kesemua 24 bekas tart nenas kami?

“Pasti sikap sambal lewa dan tidak bertanggungjawab pekerja adalah punca kejadian, bertanggungjawab lah sepenuhnya pada amanah berbayar ini! Saya amat kecewa,” tulisnya.

A post shared by Arjalee®️ (@arjalee)

Dalam pada itu, Arja juga memaklumkan sudah membuat laporan polis terhadap kurier berkenaan.

“Kalau perlu untuk saya perjuangkan isu ini sampai ke akhirnya saya akan lakukan. Saya mohon jasa baik pihak-pihak yang berkaitan @kpdnhep @kpdnhepkelantan untuk membantu saya dan @arjascookies dalam menangani masalah ini.

“Untuk itu jutaan terima kasih saya dahulukan! Terus diam tanpa jawapan mengapa takut pada kebenaran @bestexpressmalaysiaofficial? Bersuaralah demi satu jawapan!” coretnya.

A post shared by Arjalee®️ (@arjalee)

Selain belakon, Arja juga aktif dalam menguruskan perniagaan makanannya iaitu @arjascookies.