Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

Khairil Khusyairi
21/11/2024 12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.

Utamakan Tanggungjawab Terhadap Anak

Idzham atau nama sebenarnya Muhammed Idzham Ismail, 36, menyifatkan setiap ibu bapa perlu mengutamakan tanggungjawab terhadap anak-anak terlebih dahulu.

“Kita as parents kena ada rasa tanggungjawab dekat anak.

“Make time when needed, utamakan tanggungjawab dari mencari pendapatan.

“Percaya rezeki tak lari mana kalau kita susah untuk tanggungjawab kita. Jangan hidup atas kesusahan orang lain,” tulisnya.

Jangan Hidup Atas Susah Orang Lain

Dalam pada itu, bapa kepada dua cahaya mata itu turut berkongsi dia terpaksa bergegas pulang ke rumah apabila mendapat tahu anak bongsunya mengalami masalah semput.

“Got a call from my helper, Idrus semput, rushing back home untuk this little fella. Family no 1.

“#Janganhidupatassusahoranglain,” tutupnya.

Idzham Ismail sah bercerai dengan bekas isteri, Siti Nur Abilah, selepas Mahkamah Syariah Klang mengesahkan lafaz cerai pada awal bulan ini.

Idzham ketika dihubungi Gempak sebelum ini memaklumkan punca perceraian adalah disebabkan tiada lagi persefahaman antara kedua-dua belah pihak.

Idzham dan bekas isteri, Siti Nur Abilah mendirikan rumah tangga pada Ogos 2016.

Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Nur Sofea Inara, 7, dan Muhammad Idrus, 4.

ARTIKEL BERKAITAN: Jalani Hidup Bersama Anak-Anak Lepas Sah Cerai, Idzham Ismail Fokus Urusan Di Rumah - “Anak Pun Dah Faham, Kita Jalan Depan Yuk Kids”

ARTIKEL BERKAITAN: Ini Sebab Idzham Ismail Nekad Takkan Kembali Bersama Bekas Isteri - "Kalau Saya Bersama Dengan Dia Balik, Adakah Dia Akan ..."

ARTIKEL BERKAITAN: Cerai Bukan Sebab Orang Ketiga, Idzham Ismail Pernah Letak Tiga Syarat Sebelum Bekas Isteri Kembali Bekerja Sebagai Pramugari - "Kami Cuba ..."

ARTIKEL BERKAITAN: Idzham Ismail Sudah Sah Bercerai & Tidak Akan Dirujuk Kembali - “Jawab Dengan Allah…”

#Anak #Idzham Ismail #Ibu Bapa #Tanggungjawab #Kesusahan
;