Pereka fesyen, Shanell Harun meluahkan rasa terkilan apabila terdapat segelintir netizen yang 'menegur' rekaan bajunya yang disifatkan tidak bersesuaian dihasilkan untuk pelanggan berstatus Muslim.

Jelas Shanell, sebagai pereka busana, dia sebenarnya hanya menurut permintaan daripada pelanggan seperti yang diminta.

"Inilah nasib kami sebagai pereka fesyen. Pelanggan bayar untuk baju yang ditempah dan kami buat sehabis baik, sesempurna mungkin.

"Alhamdulillah, pelanggan Nell semua gembira dengan hasil kerja Nell. Ada juga client yang minta nak baju longgar dan tidak ketat, pun Nell turutkan. Pokok pangkalnya, Nell dibayar dan Nell hasilkan apa yang pelanggan nak," katanya.

Terdahulu menerusi satu hantaran di Instagram, Nell turut berkongsi beberapa paparan tangkap layar komen berbentuk 'teguran' secara terbuka mengenai rekaan bajunya yang disifatkan tidak patuh shariah.

"Datang komen-komen macam ni yang buat Nell tak selesa. Best kan masuk rumah orang 'ceramah' secara terbuka? Tak suka scroll laju-laju. Jangan komen macam kami ni tak ada agama.

"Yang komen pun ada sorang tu gambar profil lengan baju terselak ke atas bagai. Tu bukan aurat ke? Jangan kata mata Nell tak tajam ya.

"Bukan nak mengaibkan. Penat nak melayan. Asyik nampak salah orang. Kekonon tegur atas tiket 'sesama Islam'. Boleh tegur. DM Nell. Insyallah Nell balas," jelasnya.

Entri tersebut turut mendapat perhatian pemakai busana tersebut yang kemudian menjelaskan pendiriannya untuk menggunakan baju yang disifatkan tidak patuh shariah.



Shanell banyak menghasilkan busana untuk artis-artis terkenal antaranya termasuklah, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Uqasha Senrose, Wany Hasrita, Shamel dan Izara Aishah.

Baru-baru ini, isu baju dipakai pelakon berhijab, Natasha Hudson yang dihasilkan pereka fesyen Rizman Ruzaini juga hangat diperkatakan umum berikutan menampakkan bahagian bahu.

BACA: Rizman Ruzaini Terkejut, Tak Tahu Gaun Terdedah Bahu Dipakai Natasha Hudson - "Ia Mencalarkan Imej & Reputasi..."