HIBURAN

“Jangan Lebih-Lebih, Saya Gaduh Dengan Makcik FB Pula” - Teruk Dikecam Warganet, Imran Bard Tidak Akan Berdiam Diri

Umirah Halim 21/02/2025 | 23:55 MYT
Pempengaruh media sosial Imran Bard sekali lagi memberikan respons berkaitan kontroversi melibatkan dirinya yang berdepan tindakan saman daripada pelakon Ellie Suriaty.

Hormat Ellie

Menerusi perkongsian di akaun TikToknya, Imran menegaskan bahawa dia masih menghormati pelakon tersebut namun berasa marah dalam video terdahulu kerana Ellie telah meminta ibunya yang kini masih menerima rawatan di hospital membuat permohonan maaf

undefined “Jangan salah faham. Saya tetap hormat mak cik Ellie sebagai orang lebih tua dan artis veteran. Dia juga artis legenda.

“Cuma saya sedikit marah sebab mak saya sedang masuk air di hospital kemudian tiba- tiba suruh diaminta maaf, memang agak kecewa sebab banyak pula hal nak kena hadap.

“Namun, pada akhirnya, Ellie tetap lebih tua daripada saya dan artis veteran yang perlu dihormati,” katanya.

Sementara itu, gara-gara isu ini Imran juga menerima kecaman dari netizen termasuk pengguna di Facebook.
Katanya, dia tidak akan berdiam diri sekiranya ada pengguna yang meninggalkan komen yang keterlaluan.
“Bukan main eh? Ramai mak cik dalam Facebook serang saya ya.
“Saya baru sahaja pencen daripada kutuk mak cik ini. Sudah tak mahu buat benda kutuk-kutuk orang, tak baik. Tapi nampaknya macam mak cik cari pasal saja ya?
“Jangan sampai saya ‘comeback’. Tangan dah menggeletar nak ‘comeback’. Jangan lebih-lebih ya, nanti saya gaduh dengan mak cik dalam FB pula,” katanya lagi.
Sebelum ini, Ellie mengadakan sidang media menuntut permohonan maaf daripada ibu bapa Imran yang didakwa menjejaskan namanya menerusi dua hantaran video dalam TikTok dengan kandungan berunsur fitnah.
Ellie kecewa apabila Imran memperlekeh reputasi yang dibinanya lebih tiga dekad dengan begitu sahaja menerusi konten dikongsikan.
Dalam kandungan video itu, Imran berseloroh seolah-olah menjadi juri sebuah pertandingan nyanyian dan menyebut nama Ellie termasuk kononnya mempunyai kaitan dengan bahan terlarang.
Tidak lama selepas Ellie mengadakan sidang media, Imran pula tampil memberi maklum balas menyatakan ibunya tidak boleh berjumpa untuk memohon maaf kerana dirawat di hospital.
Namun, Ellie berkata dia masalah untuk menyantuni wanita terbabit yang dikatakan anaknya tidak dapat berjumpa disebabkan masih menerima rawatan akibat sakit.

ARTIKEL BERKAITAN: Ellie Suriaty Buat Laporan Polis, Tuntut Ibu Bapa Imran Bard Mohon Maaf - “Maruah Tercalar & Saya Rasa Terhina”

ARTIKEL BERKAITAN: “Jadi, Saya Kena Buat Apa?” - Imran Bard Jawab Isu Ellie Suriaty, Dedah Ibu Sedang Dirawat di Hospital

#Ellie Suriaty #saman #Imran #bard