VIRAL
Jangan Lupa Tunai Zakat Fitrah! Pesan Spiderman
Jika sebelum ini kami kongsikan Ultraman menari lagu raya, kali ini tular pula gambar 'Spiderman' sedang menunaikan zakat fitrah di sebuah pusat beli-belah.
'Spiderman' itu bagaimanapun bukan seperti adiwira Hollywood yang enggan mendedahkan wajah apabila berada di kawasan awam sebaliknya 'Spiderman' Malaysia ini tanda segan silu membuka topengnya ketika sedang menunaikan kewajipan Rukun Islam keempat itu.
Gambar tersebut mula dikongsikan oleh PU Rahmat di akaun Twitternya beberapa hari lalu dengan kapsyen sinikal.
"Spiderman juga menyedari kewajipan berzakat. Hahaha. Bayar zakat oii!" tulis PU Rahmat.Spiderman juga menyedari kewajiban berzakatHahaha . Bayar zakat Oii pic.twitter.com/EfSsDHMmmM— PU Rahmat Ikhsan (@pu_rahmat) June 12, 2017
Gambar itu telah mendapat lebih 2,000 kicau semula (retweet) dan 1,500 likes.
Menariknya, di belakang 'Spiderman', seorang anggota bomba pula sedang menunggu giliran untuk membayar zakat fitrah kepada amil yang bertugas.
KOSTUM HARI RAYA
Adiwira itu sebenarnya Harris Fazri Hashim, 40, yang kebetulan menyertai pertandingan 'Kostum Hari Raya' di Majma Mall, Komples Islam Kuching pada Ahad lalu, lapor Berita Harian.
"Saya diingatkan isteri agar tidak lupa bayar zakat fitrah. Sejurus saya mahu meninggalkan pusat beli belah itu, saya ternampak kaunter pembayaran zakat fitrah.
"Maka saya mengambil keputusan untuk segera menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim," katanya.
Foto itu asalnya dirakamkan oleh isterinya, Fazlyn Aishah Fazsha di Facebook dengan keterangan ringkas dalam dialek Sarawak: "Neman Spiderman Mayar Zakat: suamikuspiderman."
KOMEN NETIZEN
Netizen terhibur dengan keletah 'Spiderman' membayar zakat dan menyifatkan langkah itu pendekatan menarik untuk bersama-sama mengingati kewajipan sesama Islam.
"Kenapa cabut topeng, nanti kantoilah," tulis @ujaijai.
"Spiderman pun sudah bayar zakat... Anda sudahkah?" soal @iniapexlah.
"Kesimpulannya, tidak kira Spiderman atau Abang Bomba, zakat perlu dibayar," kata @sitiumairah0018.

Teks oleh: Amri Hassan
Must-Watch Video