Hiburan

"Jangan Pandang Rendah Pereka Fesyen Tempatan" - Neelofa

gempak
Kamaruddin Razal
08/08/2020
00:52 MYT
Sponsor Banner
"Jangan Pandang Rendah Pereka Fesyen Tempatan" - Neelofa
Biarpun sering menjalin kerjasama dengan pelbagai jenama fesyen antarabangsa, pengacara, pelakon dan usahawan popular, Neelofa, 31, masih mengekalkan hubungan baik dengan pereka fesyen tempatan.
Pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor ini masih mengingati momen awal ketika dia mula menceburkan diri dalam dunia hiburan.
"Hampir 10 tahun saya dalam industri. Di awal pembabitan, saya sendiri yang yang mengetuk pintu butik pereka fesyen tempatan, meminjam busana, buat 'follow up', hantar balik sehinggalah zaman sekarang, saya mempunyai penata gaya sendiri.
"Mereka pula yang mengambil tanggungjawab tersebut. Jadi, hubungan dan kerjasama saya dengan pereka tempatan sudah lama berlaku.
"Secara tidak langsung, saya memahami daripada mana mereka datang, usaha mereka dalam keinginan untuk meletakkan jemana masing-masing di tahap tersendiri," katanyam Gempak.
Neelofa ditemui majlis pengumumannya sebagai duta rantau Asia Tenggara yang pertama untuk jenama kecantikan antarabangsa Lancome di One Utama, Petaling Jaya pada Jumaat.
BACA: Neelofa Individu Malaysia Pertama Jadi Duta Rantau Asia Tenggara
Memahami usaha pereka fesyen tempatan dalam menaikkan jenama mereka, Neelofa tidak memandang rendah dengan segala inisiatif yang telah dilakukan.
"Malah ada di antara majlis antarabangasa, saya kenakan busana persalinan rekaan pereka fesyen tempatan juga. Bezanya kalau jenama antarabangsa, ia hanya 'sample model' sahaja yang mana ia tidak boleh diubah-ubah.
"Tapi, jika saya mengenakan busana pereka tempatan, kita boleh sesuaikan baju yang nak dipakai bergantung dengan majlis apa yang ingin dihadiri.
"Jadi janganlah kita tidak memandang terus mereka... Setiap majlis konsepnya berbeza-beza. Usah pandang rendah atau abaikan kerana kita tidak tahu bila kita perlukan khidmat mereka," katanya.
Neelofa memberikan respon terhadap pendedahan pereka fesyen terkenal tempatan, Rico Rinaldi yang terkilan dengan sikap sombong seorang pelakon yang menolak pelawaan untuk menjadi wajah rasmi sempena kempen Hari Raya Aidilfitri 2021.
BACA: Pereka Fesyen Sentap Pelakon Wanita Jual Mahal... "Lofa Pun Tak Kekwat Macam Dia"
Dedah Rico, pelakon wanita terbabit menolak pelawaannya dengan angkuh dan menegaskan hanya mengambil tawaran untuk jenama antarabangsa sahaja.
Sebelum ini, Neelofa pernah menjadi wajah bagi koleksi Rico Rinaldi Summeraya 2018.
Jangan lupa saksikan program terbaru yang dihoskan olehnya, Next To Neelofa setiap hari Khamis, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria HD (saluran 104) dan Astro Ria (saluran 124).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, program bual bicara ini turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live