Advertorial

Jangan percaya Memberus Gigi Lebih Kuat Dapat Membersihkan Gigi Dengan Lebih Menyeluruh. Jom Bongkar Mitos Membersih Gigi!

Badrul Hashim
26/10/2020
12:20 MYT
Ramai orang percaya apabila kita memberus dengan lebih kuat, bermakna ianya akan lebih bersih. Seperti kita memberus kasut yang kotor dengan kuat, maka kekotoran akan tanggal dan lebih bersih.
Tetapi adakah perkara yang sama boleh dipakai untuk membersih gigi? SYSTEMA membongkar mitos tentang memberus gigi dan penjagaan mulut anda secara keseluruhan.
Mitos 1: Kalau pilih berus gigi bulu keras, mestilah lagi bersih bila memberus!
Fakta: Tidak sama sekali! Doktor pergigian mencadangkan supaya menggunakan bulu yang lembut dan memberus dengan perlahan kerana lebih kuat anda memberus gigi, lebih teruk enamel gigi dan tisu gusi anda akan rosak. Ianya boleh menyebabkan gusi menjadi susut. Berus secara perlahan dan lembut selama dua minit, dua kali sehari dengan berus gigi berbulu lembut.
Mitos 2: Gusi berdarah adalah normal.
Fakta: Gusi berdarah tidak normal! Gusi berdarah ketika memberus atau menggunakan bebenang flos adalah disebabkan gusi yang membengkak. Gusi boleh membengkak dan berdarah akibat plak yang terkumpul, permulaan kepada giginvitis, penyakit gusi dan lainnya. Anda perlu berjumpa dengan doktor gigi anda untuk pemeriksaan.
Mitos 3: Nafas berbau disebabkan panas badan dan kurang meminum air.
Fakta: Nafas berbau selalunya disebabkan oleh tabiat buruk dalam penjagaan gigi dan juga boleh menjadi tanda penyakit gusi. Tabiat buruk bermaksud anda tidak memberus gigi setiap hari dan menjadikan sisa makanan yang terlekat di dalam mulut anda membiakkan bakteria dan menjadikan nafas berbau.
Mitos 4: Tak kisah jenis dan saiz berus gigi anda. Ia hanyalah satu alat memberus gigi!
Fakta: Apabila bercakap tentang penjagaan mulut yang baik dan sihat, memilih berus gigi yang betul untuk anda adalah sangat penting.
1) Bulu Berus Gigi
Bulu berus gigi yang keras dan hujungnya bulat tidak digalakkan. Jika anda memberus gigi dengan kuat menggunakan bulu berus gigi yang keras, ianya boleh merosakkan gusi anda, permukaan akar gigi, atau bahagian enamel gigi. Doktor gigi mencadangkan supaya menggunakan berus gigi berbulu lembut, barulah dapat menembusi ke celahan gigi dan membersih dengan sepenuhnya
2. Saiz Kepala Berus Gigi
Pilih saiz yang muat untuk mulut anda. Jangan terlalu besar!
Dengan SYSTEMA, Pilihan Di Tangan Anda
Untuk membersihkan gigi dengan menyeluruh, anda tidak perlukan bulu berus gigi yang keras, tetapi anda memerlukan berus gigi yang boleh membersihkan gigi anda dengan efisien dan mampu menghilangkan plak pada gigi anda.
40% lebih efektif dan 9 kali lebih bersih
Anda memerlukan berus gigi yang dapat membersihkan di bahagian yang sukar untuk sampai. Anda memerlukan berus gigi yang membersihkan 40% lebih efektif di antara celah-celah gigi. Anda memerlukan berus gigi yang 9 kali lebih membersih di bahagian gusi tanpa melukakannya. Anda memerlukan berus gigi 0.02mm SYSTEMA!
Inovasi terkini berus gigi 0.02mm SYSTEMA
Berus gigi 0.02mm SYSTEMA dihasilkan dari kajian terperinci untuk memastikan gigi dan gusi anda dijaga dengan baik, tetapi pada masa yang sama daapat membersihkannya dengan lebih sempurna.
Membersih di ruang yang sukar dicapai oleh berus gigi biasa
Bulu berus gigi yang halus dan lembut dapat membersihkan ruang-ruang sempit terutamanya di antara gusi untuk membuang plak dengan lebih bagus, dan pada masa yang sama kemampuannya membersih 9 kali lebih baik di antara celahan gigi. Malah, berus gigi 0.02mm SYSTEMA juga 3 kali lebih lembut pada gusi anda ketika memberus.
SYSTEMA merupakan berus gigi daripada Lion Japan sesuai untuk semua dengan 0.02mm bulu berus gigi lembut tetapi terbaik untuk membantu menanggalkan plak. Bertukarlah kepada SYSTEMA hari ini dan pastinya anda akan jatuh cinta selepas memberus gigi dengannya buat pertama kali!
Layari www.loveatfirstbrush.com untuk anda memilih berus gigi SYSTEMA yang bersesuaian dengan anda.
Berus Gigi SYSTEMA – Cuba sekali pasti jatuh hati.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Advertorial

Nak Tonton Ke Kodiang With Love Dengan Barisan-Barisan Pelakon? Beli Ribena Untuk Berpeluang Memenangi Tiket Secara Eksklusif Ke Tayangan Drama

gempak
16/05/2024
13:25 MYT
Buat peminat-peminat Ke Kodiang With Love, apa persamaan Hun Haqeem dengan Ribena? Nak tahu jawapannya? Mestilah dua-dua sama-sama manis! Jadi untuk tambahkan lagi kemanisan itu, Ribena telah menjalankan satu pertandingan di mana peminat-peminat berpeluang menyaksikan tayangan Ke Kodiang With Love finale bersama pelakon-pelakon drama tersebut.
Advertorial

Teringin Rasai Pengalaman Percutian Bermusim Paling Best? Melbourne Adalah Jawapannya

gempak
28/04/2024
08:55 MYT
Bestnya Melbourne!
Advertorial

Mahukan Percutian Best? Ini 5 Sebab Ohsem Kenapa Melbourne Destinasi Sesuai Untuk Musim Luruh & Sejuk

gempak
27/04/2024
13:39 MYT
Bestnya!
Advertorial

Pergi Caltex Bukan Sekadar Isi Minyak, Ini Tiga Perkara Yang Korang Akan Dapat Jika Singgah!

gempak
16/04/2024
12:55 MYT
Korang mesti love.
Advertorial

Adakah Ini Takdir Terindah? Saksikan Cara Ajip Menawan Hati ‘Crush’ Dalam Mini Series Ke Kodiang With Love

gempak
02/04/2024
04:55 MYT
Apa itu ‘Takdir Terindah’? Mungkin setiap orang mempunyai deskripsi atau versi masing-masing tentang perkara tersebut. Namun, takdir terindah menurut Ajip adalah apabila dirinya bertemu kembali ‘crush’ dari zaman sekolah menengah, Naziah. Pertemuan tidak diduga itu terjadi selepas kereta yang dipandu Naziah rosak yang menyebabkan dirinya buntu un