"Betul ke Perlis begitu kecil?"

Itulah antara usikan dan gurauan yang sedang bermain di medan media sosial ketika ini.

Jadi bagaimana hashtag #PerlisIsSoSmall boleh menjadi trending sejak petang semalam?

Difahamkan ia bermula sebagai perbualan di antara kawan-kawan di Twitter pada petang Khamis, namun hashtag itu terus menjadi ikutan ramai-tidak kisahlah yang bersuara itu yang orang Perlis atau tidak.

Berikut adalah beberapa usikan dan gurauan yang dikongsi di Twitter (orang Perlis jangan marah ya!)

1. Tidak perlu guna mode Panorama apabila mengguna kamera

2. Kongsi modem Unifi untuk kegunaan internet

3. Jumlah penduduk yang sikit

4. Satu Perlis akan tahu jika kongsi rahsia

5. Mereka yang menggunakan kereta elektrik tidak perlu caj dengan kerap

6. Semua diundang untuk majlis perkahwinan

7. Tambang Grab yang murah

8. Tidak boleh bina lapangan terbang

9. Harum manis

10. Kecil tapi tetap trending!

Perlis menjadi hangat pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) susulan kemelut jawatan Menteri Besar.

Majlis pelantikan Menteri Besar Perlis pagi semalam gempar dengan misteri 'kehilangan' sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasio nal (BN) yang menimbulkan murka kepada Raja Perlis.

Kemelut perebutan jawatan bertambah parah apabila Menteri Besar Azlan Man dinasihatkan dipecat daripada parti.

Sumber: Astro Awani
Foto: Twitter, SweetHunts