,
Laman Utama

“Jangan Pula Ada Yang Kata Main-Main, Sekejap Pakai Sekejap Tak” - Ardini Angeline Tan Masih Belajar Berhijab

Mya Amri
22/10/2023
09:55 MYT
Pelakon, Ardini Angeline Tan memohon diberikan masa dan ruang untuk mendekatkan diri dengan agama Islam secara perlahan-lahan.
Menurut Angeline, perkara itu termasuklah penampilan terbaharunya yang kini dilihat sering berhijab.
“Buat masa ini saya masih belajar, ramai orang tanya di luar. Saya hanya berkata masih belajar dan beri sedikit ruang untuk saya.
“Pada masa yang sama, sebab saya masih ada buat drama cina, bila buat drama cina saya tak boleh berhijab,” katanya kepada Gempak.
Tidak mahu ramai yang tersalah anggap dengan penampilannya, Angeline berharap orang ramai memahami penjelasannya dan memberikan sokongan untuk dia terus memperbaiki diri.
“Jangan pula ada orang kata main-main, sekejap pakai sekejap tidak. Bukan… saya kalau berlakon drama Melayu bukan semua watak saya mualaf.
“Memang saya Muslim tetapi watak itu bukan, jadi bukan semua orang nak berhijab. Ada yang mahukan saya menjadi Cina.
“Sebagai contoh macam kita bawa watak sebagai Polis. Kita bukan Polis, kita berlakon sahaja. Jadi kena faham. Yang itu adalah watak.
“Itu bukan Angeline, itu bukan Ardini, jadi harap kalian semua di luar itu bagi sokongan pada saya. Saya sangat memerlukan mereka untuk memahami semua ini,” jelasnya.
BACA: Angeline Tan Respon Dakwaan Isu Pernikahan Tak Sah - “Dia Lebih Faham Kalau Fitnah Macam Ini Apa Hukumnya”
BACA: Angeline Tan Berhijab, Sabri Yunus; "Biarlah Dia Terbuka Hati ..."
Terdahulu, Angeline dan Sabri Yunus selamat diijab kabulkan dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Perlis pada 14 Oktober yang lalu.
Untuk info, Angeline telah memeluk Islam secara rasminya pada 26 September 2023.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Satu Hari Tu Saya Bangun, Rasa Bersalah Nak Post Gambar Free Hair…” - Sudah Lama Pasang Niat, Shasha Abedul Rasa Tenang Berhijab

gempak
16/10/2024
03:55 MYT
Tampil dengan imej baharu, pelakon Shasha Abedul mengakui dirinya sudah lama menyimpan hasrat untuk mengenakan berhijab.
Hiburan

Aisyah Aziz Mengaku Panas Bila Pakai Tudung - “Kadang-Kadang Saya Marah…”

gempak
12/10/2024
15:55 MYT
Penyanyi Aisyah Aziz mendedahkan dia sering menerima kritikan mengenai gaya pemakaian hijabnya.
Hiburan

"Biarlah Saya Jadi Isteri Yang Baik" - Angeline Tan

gempak
20/09/2024
11:55 MYT
Pelakon, Angeline Tan sentiasa berdoa agar diberikan kekuatan untuk terus istiqamah dan menjadi seorang muslimah yang baik.
Hiburan

Tenang Berdepan Kontroversi Melibatkan Perkahwinan Didakwa Tidak Sah, Angeline Tan Syukur Suami Beri Keyakinan - “Kami Menerima Banyak Panggilan & Mesej, Malah…”

gempak
12/09/2024
23:45 MYT
Dalam agama Islam, akad nikah adalah perkara yang wajib dilakukan untuk menjadi pasangan suami isteri. Namun, pernikahan antara Angeline Tan dan Sabri Yunus pernah menjadi isu suatu ketika dahulu.
Hiburan

“Saya Bukan Ustaz” - Sabri Yunus Hanya Jawab Pertanyaan Agama Dari Isteri Sahaja, Enggan Ambil Risiko

gempak
10/09/2024
12:55 MYT
Pelakon dan sutradara terkenal Sabri Yunus menegaskan dirinya bukan individu yang tepat untuk menjawab persoalan orang ramai berkaitan hal agama.
Unitar