,
Laman Utama

Angeline Tan Respon Dakwaan Isu Pernikahan Tak Sah - “Dia Lebih Faham Kalau Fitnah Macam Ini Apa Hukumnya”

Mya Amri
17/10/2023
04:00 MYT
Pelakon, Angeline Tan memberikan respon berkenaan tuduhan seorang ustaz yang mendakwa pernikahannya bersama Sabri Yunus itu tidak sah.
Menurut Angeline, dakwaan itu disifatkan sama sekali tidak wajar.
“Bagi Angeline kita ada dua orang wali yang sah, jadi kalau wali sah kata sah maka ianya sah lah. Dia bukan wali sah kita jadi apa yang dia cakap tak sah,” katanya ketika ditemui Gempak.
Dalam pada itu, Angeline berkata bagi seseorang yang memiliki ilmu yang tinggi, pihak yang membuat dakwaan sepatutnya lebih memahami tentang hukum melakukan fitnah terhadap seseorang.
“Bagi saya sebagai seorang yang baru sahaja memeluk agama islam, saya bukan faham sangat tentang hukum.
“Jadi dia orang yang belajar tinggi, dia lebih faham. Kalau fitnah macam ini apa hukum dia. Jadi itu antara dia dengan Allah,” ujarnya.
BACA: Sabri Yunus Jawab Isu Pernikahan Dengan Angeline Tan Tidak Sah: “Berat Tuduhan Berzina…”
Terdahulu, pernikahan Sabri dan Angeline Tan pada 14 Oktober lalu menjadi buah mulut dan viral kerana persahabatan mereka sebagai anak seni yang berakhir di jenjang pelamin setelah kedua-duanya bergelar duda dan ibu tunggal buat satu tempoh masa yang panjang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Akaun TikTok Sebar Fitnah Libatkan Wanna Ali Dengan Fattah Amin & Nur Fazura, Ini Respons Tuan Badan…

gempak
23/10/2024
23:55 MYT
Tular di TikTok sebuah akaun yang menyebarkan berita palsu melibatkan selebriti Wanna Ali dan bekas pasangan selebriti iaitu Nur Fazura serta Fattah Amin.
Hiburan

Bunga Isme Mengaku Sudah Berkahwin Pada Tahun Lepas! - "Alhamdulillah, Kami ..."

gempak
22/10/2024
09:37 MYT
Penyanyi rap, Bunga Isme, akhirnya mengaku telah mendirikan rumah tangga bersama komposer dan penulis lirik Amzar Sabri.
Hiburan

Tiga Kali Janda, Britney Spears Umum Kahwin Diri Sendiri

gempak
22/10/2024
05:50 MYT
Bintang sensasi Hollywood, Britney Spears mengejutkan peminat dan pengguna media sosial menerusi perkongsian terkininya.
Hiburan

“Rumah Tangga Saya Baru Setahun Jagung, Banyak Belajar Selepas Kahwin” - Neelofa

gempak
21/10/2024
06:32 MYT
Pelakon, Noor Neelofa mengakui dirinya masih tidak layak untuk berkongsi tip rumah tangga kerana menganggap usia perkahwinan yang dibina bersama suami, Hariz Ismail masih baharu.
Hiburan

Kahwin Duda, Irish Bella Dapat Masjid Hadiah Mas Kahwin

gempak
21/10/2024
00:55 MYT
Kisah pernikahan bekas isteri Ammar Zoni, Irish Bella pada hujung minggu ini masih menjadi sorotan media tempatan.
BorakSeeni