Gaya Hidup

"Jangan Pulun Je Kayuh..." - Siti Nurhaliza Setuju Alif Satar Buat Ujian Tahap...

gempak
Badrul Hashim
08/09/2020
10:01 MYT
Sponsor Banner
"Jangan Pulun Je Kayuh..." - Siti Nurhaliza Setuju Alif Satar Buat Ujian Tahap...
Pelakon, penyanyi dan pengacara Alif Satar adalah di antara selebriti yang begitu aktif dalam kehidupan hariannya. Bukan sahaja bidang seni, Alif cukup dikenali sebagai seorang yang sering terlibat dalam pertandingan Iron Man dan yang sewaktu dengannya.
Pertandingan Iron Man bukan sahaja memerlukan kekuatan fizikal tetapi juga mental yang melibatkan atlit yang mengambil bahagian dalam berenang, berbasikal dan berlari.
Namun begitu, buat pengacara Big Stage ini, semua yang dilakukan memerlukan pemeriksaan rapi untuk memastikan badan kita mampu melakukan segala aktiviti yang memenatkan ini.
Terbaru, Alif berkongsi tentang ujian yang dilakukan di Institut Jantung Negara (IJN) untuk memastikan tahap kemampuan dirinya.
"THIS IS THE VO2 MAX TEST! Alif tau semua tengah rancak exercise. Kayuh basikal, berlari etc tapi biar kita tahu tahap kemampuan ‘engine’ kita.
"Full video VO2 max di youtube channel alif. Please watch it, and go take the test," pesan Alif berkongsi dengan peminatnya.
Perkara itu turut dipersetujui oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang juga cukup aktif dalam bidang berbasikal.
"Betul.. Selalu kena monitor heartbeat. Jangan pulun je kayuh naik bukit tinggi. Bahaya," tulis Siti di ruangan komen entri Alif Satar tersebut.
Alif dan Siti antara selebriti tempatan yang bergiat aktif dalam sukan terutamanya berbasikal. Ramai juga selebriti lain yang aktif dalam acara sukan lain seperti sukan permotoran.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live