Pasangan usahawan berjaya SM Nasarudin dan isteri Marion Caunter mahu meringankan beban dengan menghulurkan bantuan kepada mereka yang terkesan dengan pandemik.

Menerusi laman sosial Instagram, Marion membuat pengumuman tersebut untuk tatapan umum dan meminta sesiapa yang memerlukan bantuan untuk menghubungi mereka melalui email.

“Saya dan Nasa tahu ramai yang terkesan dengan pandemik dan memerlukan bantuan. Jangan ragu-ragu untuk menghubungi kami. Kami akan cuba yang terbaik untuk membantu anda. Ramai yang telah menghubungi kami dan anda boleh terus berbuat demikian.

“Tolong jaga diri bukan sahaja kesihatan fizikal tetapi juga kesihatan mental. Kita mengharungi perkara ini bersama-sama dan akan bebas daripada pandemik ini bersama-sama,” tulis Marion di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian itu lagi, Marion turut menyertakan alamat email yang boleh dihubungi untuk sebarang bantuan.

A post shared by marioncaunter (@marioncaunter)


Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya menitipkan ucapan terima kasih dan pujian di atas bantuan yang dihulurkan.

Malah, ada yang turut mencadangkan agar talian bantuan diperluaskan dengan meletakkan nombor telefon memandangkan ada orang yang tidak mempunyai kemudahan telefon pintar atau internet.

Terima kasih untuk tindakan murni ini. Saya yakin ramai yang telah menerima kebaikan daripada anda, mendoakan kesejahteraan anda sekeluarga. Semoga Allah memberkati,” komen seorang wargamaya.

Jika mengenali sesiapa yang memerlukan bantuan, sila sebarkan mesej ni,” sokong seorang wargamaya.

“Marion saya rasa ada baiknya sediakan nombor telefon daripada email. Ada sesetengah orang yang tiada kemudahan internet,” cadang seorang wargamaya.

Saya dah hantar email untuk seseorang yang memerlukan bantuan. Terima kasih,” kata seorang wargamaya.

Terima kasih atas bantuan. Semoga sihat, panjang umur dan maju dalam perniagaan,” luah seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 3,000 tanda suka selepas beberapa jam dimuat naik.