Hiburan
“Jangan Risau Dia Sayang Awak, Sebab Tu Lah Dia Tinggalkan Kami Anak Beranak - Bella Astillah
Pelakon Bella Astillah tampil memberikan respons mengenai perbualan tular antara suaminya Aliff Aziz dah NRF yang dipercayai adalah Ruhainies.
Menerusi tangkap layar perbualan romantik Aliff Aziz dan NRF yang dibongkarkan oleh Sarah Yasmine, Bella tampil mengatakan bahawa dia sedia menyerahkan Aliff Aziz kepada Ruhainies.
“Tak perlu stop the time, you can have him Ruhainies.
“Jangan risau dia sayang awak, sebab tu lah dia tinggalkan kami anak beranak,” tulis nya menerusi ulang siar (repost) di Instagram Story.
Sebelum ini, Sarah Yasmine sekali lagi menarik perhatian netizen di laman sosial apabila mendedahkan paparan skrin perbualan antara ‘NRF’ dan Aliff Aziz yang memaparkan mesej romantis, komplot jatuhkan Bella Astillah dan sebagainya.
Menerusi perbualan yang dibongkarkan itu juga Aliff menafikan bahawa dia pernah mengeluarkan kenyataan masih sayang terhadap Bella Astillah ketika enggan menceraikan isterinya itu pada sebutan penceraian mereka pada 4 April lalu.
Pada 9 Mac lalu, nama Ruhainies terpalit dengan kontroversi apabila dia dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara bersama pelakon Aliff Aziz.
Susulan itu, kedua-dua pelakon itu menjadi sasaran kemarahan netizen sebelum Aliff dan Ruhainies tampil membuat permohonan maaf namun menafikan dakwaan mereka berkhalwat.
Isteri Aliff iaitu Bella Astillah kemudiannya memfailkan penceraian secara ekspres terhadap Aliff pada 13 Mac lalu namun pelakon itu enggan menceraikannya pada sebutan kes pada 4 April lalu.
Kes penceraian Aliff dan Bella disambung semula pada 4 Jun depan.
Berita Trending: Kontroversi Aliff Aziz, Sajat Dakwa ‘Ramalannya’ Benar Belaka - “Aku…
Berita Trending: Tiada Niat Kutuk Bella Astillah, Emma Maembong Akui Silap Tanya…
Must-Watch Video