Laman Utama

"Jangan Selfish!" - Mila Jirin Mohon Kerajaan Pertimbang Sekat Sementara Pelancong China

gempak
Amri Hassan
03/01/2023
08:50 MYT
Sponsor Banner
"Jangan Selfish!" - Mila Jirin Mohon Kerajaan Pertimbang Sekat Sementara Pelancong China
Penyanyi dan usahawan Mila Jirin memohon kerajaan untuk mempertimbangkan semula cadangan rakyat untuk membuat sekatan sementara pelancong dari China.
Enggan peristiwa dua tahun lalu berulang, kata Mila, kerajaan seharusnya mengambil kira pelbagai implikasi terhadap ekonomi negara dan keselamatan rakyat berhubung isu berkenaan.
"Jangan selfish @mattaonlineofficial !! RM3.6 billion lagi penting dari keselamatan rakyat Malaysia?
"Kerugian peniaga tempatan tak nak kira berapa? Rakyat minda disekat sementara. Banyak info dari media luar negara menjangkakan 3rd wave spike after March.
"@mattaonlineofficial seronok jika kes di Malaysia mencanak lagi? Lockdown?? Sorang pelangcong pun tak nak masuk Malaysia!
"Tolong @drzalihamustafa ambil kira kerisauan rakyat. YB Perdana Menteri @anwaribrahim_my beribu rakyat komen di IG, Facebook mohon untuk sekat sementara kemasukkan, kenapa suara rakyat tidak didengar?" tulisnya di Instagram pada Selasa.
Orang awam mula tidak 'senang duduk' susulan pengumuman Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia (MITA) yang menjangkakan sejuta pelancong China akan tiba di negara ini.
Pembukaan sempadan itu selepas hampir tiga tahun ditutup berikutan pandemik maut berkenaan tetapi bagi penduduk dunia termasuk di Malaysia bimbang Covid-19 akan menular dan meledak semula di negara ini hingga kemungkinan perintah sekatan perjalanan seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan semula jika kerajaan membenarkan kemasukan pelancong dari China.
Media sebelum ini melaporkan kes Covid-19 di China mencetuskan kebimbangan dunia termasuk Malaysia, apatah lagi China yang kini memilih 'hidup bersama Covid' turut dijangka membuka semula sempadannya pada 8 Januari ini.
Netizen turut meluah kebimbangan selepas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan terdapat dua varian Covid-19 utama yang menular di China iaitu varian BA.5.2 dan varian BF.7 dikesan berada di Malaysia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024