Hiburan
“Jangan Sokong Saya Sebab Simpati” - Miliki Penglihatan Hanya 20 Peratus, Dinie Rashid Mahu Orang Ramai....
Finalis Big Stage 2020 (BS2020) Dinie Rashid akui dia tidak begitu selesa apabila orang ramai menyokongnya atas dasar simpati gara-gara memegang status sebagai orang kelainan upaya (OKU).
Dinie sebaliknya mahu peminat menyokongnya atas bakat nyanyian.
“Biarlah kekurangan saya ini diambil sebagai inspirasi saja dan bukannya simpati.
“Walaupun seseorang itu ada kekurangan dia nak juga berjaya. Kita kene tengok perspektif masing-masing.
“Sudah tentu saya nak orang sokong saya kerana kelebihan dan bukannya kekurangan,” katanya.
Menurut Dinie lagi, dia juga secara jujurnya terkejut apabila golongan OKU juga dibenarkan memasuki pertandingan BS2020.
“Untuk makluman semua saya mempunyai masalah penglihatan yang hanya ada 20 peratus saja.
“Jadi bila dapat tahu saya boleh masuk Big Stage musim ketiga ni pada awalnya memang saya terkejut.
“Malah, bila layak ke final ni Alhamdulilah sangat, saya dah lalui macam-macam dugaan.
“Untuk perancangan, setakat ini Insya-Allah saya akan keluarkan single baru tidak lama lagi,” katanya.
Dinie ditemui pada sidang media Big Stage 2020 Akhir yang berlangsung di Putrajaya International Convention Center (PICC), Putrajaya, Ahad lalu.
Konsert akhir itu menyaksikan Azzam Sham dinobatkan sebagai juara BS2020 sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000.
Naib juara menjadi milik Usop manakala Qody Rany berada di tangga ketiga.
Dinie dan Fadh Majid pula masing-masing di kedudukan keempat dan kelima.
Must-Watch Video