Laman Utama

Janna Nick Berang Dengan Tindakan Syamsul Yusof Terhadap Puteri Sarah - “Paling Teruk Kau Guna Agama Untuk…”

Asyikin Mayudin
07/01/2023
03:00 MYT
Sebagai sahabat baik Puteri Sarah Liyana, selebriti Janna Nick turut berasa berang dengan kenyataan suami aktres itu iaitu pengarah Syamsul Yusof yang sudah bernikah dengan Ira Kazar.
Malah Janna juga meminta agar Syamsul untuk berhenti menjadi manipulatif memandangkan pelakon filem Munafik itu tidak pernah berada disisi isteri dan anak-anak semenjak kemelut rumah tangga mereka.
“Sebagai kawan Puteri Sarah, saya marah dengan kenyataan dia (Syamsul). Berhenti menjadi manipulatif. Jangan aniaya isteri, ibu kepada anak-anak sendiri.
“Kalau dah tak cinta, lepaskan. Bukan gantung tak bertali. Jangan jadi ‘munafik’. Maaf, saya tak boleh. Saya bersama dia (Sarah) masa anak dia masuk hospital. Dan bapa dia mana?
“Lepas tangan. Bini tu la yang kehulu kehilir jaga anak. Hantar anak pergi sekolah. Balik sekolah sorang-sorang. Kau? Anda rasa duit adalah segala-galanya. Ia kan?” tegas Janna.
Janna menerusi perkongsian di Instastory turut memberi pesanan kepada semua lelaki agar tidak menganiayai isteri selain berhenti menggunakan agama untuk menutup kesalahan sendiri.
“I takkan masuk campur, kalau you diam! Dah kahwin ok enough. Cukup. Jangan nak cakap dia derhaka la. Berhenti jadi manipulatif.
“Kepada semua lelaki kat muka bumi ni, jangan aniayai isteri. Paling teruk bila kau guna nama agama untuk tutup kesalahan kau. Maaf saya tak boleh dengan lelaki macam ni.
“Sumpah I cannot. Bagi la duit RM100 juta pun… tetap taknak. Yucks. Ambik anak orang cara elok. Pulangkan dengan cara elok kalau dah tak suka.
"Dah la dapat anak comel-comel. Ingat senang ke nak dapat anak comel macam tu. Stupid!” tulisnya.
Terdahulu, Syamsul pada Jumaat tampil mendedahkan dirinya telah selamat menikahi Ira Kazar di Thailand selain meminta isterinya, Puteri Sarah untuk pulang berbincang dengannya.
Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5 dan Summayah, 3 tahun.
BACA: "Stop Guna Nama Allah, Nampakkan You Sangat Munafik" - Puteri Sarah
BACA: Syamsul Yusof Mengaku Nikahi Ira Kazar Di Thailand
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Puteri Sarah Diangkat Ikon Ibu Tunggal - "Dia Ajar & Beri Nasihat Bagaimana Menyayangi Anak-Anaknya"

gempak
10/07/2024
11:16 MYT
Dua pelakon Puteri Sarah Liyana dan Nad Zainal menerima Anugerah Khas dari syarikat MommyHana.
Hiburan

Netizen Terhibur Bila Puteri Sarah Tanya Bella Astillah - “Awak Pandai Nangis Tak?”, Sarah Yasmine Pun Komen Juga

gempak
03/07/2024
08:24 MYT
Pelakon, Puteri Sarah mendapat perhatian netizen selepas meninggalkan komen di hantaran terbaru bekas isteri penyanyi Aliff Aziz iaitu Bella Astillah.
Hiburan

Janna Nick Akui Bukan Mudah Nak Dapatkan Anak - "Banyak Supplement Kena Makan, Kena Jaga Kesihatan Mental, Kurangkan Kerja..."

gempak
26/06/2024
02:25 MYT
Setahun sudah mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengacara Janna Nick mengakui dia kini dalam proses mencuba untuk mendapatkan zuriat.
Hiburan

Puteri Sarah Liyana Tak Putus Titip Kata Semangat Buat Bella Astillah - “Sebulan Tu Nangis Lah Setiap Hari”

gempak
19/06/2024
09:55 MYT
Seperti pernah melalui kisah yang sama, pelakon Puteri Sarah Liyana tidak putus memberi kata-kata semangat buat sahabatnya Bella Astillah yang baru sahaja menjalani proses penceraian bersama aktor asal Singapura, Aliff Aziz.
Hiburan

Setahun Kahwin, Janna Nick & Dini Mandi Bersama Setiap Hari: “Kalau Tidak Sempat Buat..”

gempak
10/06/2024
17:07 MYT
Pasangan pelakon Dini Schatzman dan Janna Nick baru meraikan ulang tahun pertama perkahwinan mereka yang jatuh pada tanggal 10 Jun 2024.