Hiburan
“Jarang Dapat Jumpa Keluarga ..” – Nabil Ahmad Bawa Foto Anak Untuk Ubat Rasa Rindu
Pelawak Nabil Ahmad akui tidak sempat untuk meluangkan masa bersama anak-anak disebabkan jadual penggambaran yang padat.
Kini menggalas tugas sebagai pengarah, Nabil mendedahkan ‘calltime’ di set penggambaran kadang-kadang terlampau awal pagi dan dia akan pulang pada larut malam.
“Mestilah ada beri kesan bila terlampau sibuk. Saya jarang dapat jumpa keluarga.
“Ada masa ‘calltime’ saya awal pagi, anak-anak pun tak bangun lagi. Selalunya, bila saya balik anak-anak dah tidur.
“Saya sempat jumpa isteri, Nazirah Ayub sebab dia tunggu saya. Kami akan lepak sambil borak dulu. Tapi tak mengapa, tak lama pun dalam 29 hari sahaja saya sibuk. Anak-anak faham dengan kerja saya,” katanya kepada HLive.
Nabil dan Zira mendirikan rumah tangga pada tahun 2011. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata Naira Mikayla, Leyla Medyna dan Mishall Imani.
Tambah pengacara rancangan hiburan MeleTOP ini, dia banyak menyimpan foto anak bongsunya, Mishall Imani bagi mengubat rasa rindu.
“Kalau anak bongsu saya, Mishall dah sedia banyak gambar dalam telefon bimbit. Dia masih kecil jadi banyak perkembangan dia kena ikuti. Kalau rindu tengok sahajalah koleksi foto tu.
“Dengan sekarang ni tengah wabak koronavirus, masa mereka banyak di rumah daripada di luar,” katanya lagi.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Must-Watch Video