Hollywood
Jason Momoa Nak Jadi Ahli Politik Untuk Selamatkan Dunia
Bintang Aquaman, Jason Momoa ternyata punya cita-cita yang lebih ‘berat’ berbanding menjadi pelakon sewaktu kecil.
BERITA TRENDING: Jason Momoa Larang Pelancong Lawat Hawaii, Bandar Lahaina Musnah Dijilat Api
Menurut Momoa jika bukan pelakon dia mungkin akan bergelumang dalam bidang politik.Momoa, 44, memberitahu mahu bergelar ahli politik untuk menyelamatkan dunia.
PILIHAN PEMBACA: Jason Momoa Terlibat Kemalangan Kereta, Selamat Tanpa Sebarang Kecederaan
Kenyataan itu dikeluarkan sewaktu temu bual berkaitan siri dokumentari penggembaraan, On the Roam.“Saya mahu melakukan sesuatu yang dapat membantu persekitaran dan dunia.
“Jika saya masih muda, mungkin berusia 12 tahun, setelah melihat apa yang terjadi kepada dunia sekarang, saya mungkin menjadi ahli politik supaya dapat menyelamatkan planet kita,” katanya seperti dilaporkan People.
Aktor yang juga terkenal menerusi naskhah Lost Kingdom itu juga terus menegaskan jika dapat memutarkan masa, dia akan melakukan sesuatu yang bermanfaat sekaligus mampu membawa perubahan.
Dia kini juga menerapkan nilai kehidupan yang baik terutama dalam penjagaan alam sekitar kepada dua anaknya.
PILIHAN PEMBACA: Jason Momoa, Lisa Bonet Sudah Bercerai…
Must-Watch Video