Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad terharu apabila menerima kejutan daripada penyampai radio 3 Pagi Di Era sempena hari ulang tahun kelahirannya.

Nabil mengalirkan ari mata kegembiraan apabila hari jadinya yang ke-39 tahun dibawa menyambut bersama anak-anak yatim di Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong.

Difhamkan Nabil sudah lama memasang niat itu, jadi Era FM cuba tunaikannya semalam.

“Alhamdulillah, sebenarnya Nabil dah lama pasang niat nak raikan adik-adik ni semua tapi sempena dengan hari lahir dia harini, kitaorang dah plan awal dan siapkan semuanya.

“Jatuh air mata Nabil tadi bila dia dapat surprise ni,” tulis dalam satu kapsyen di akaun rasmi Era FM.]

Menerusi video yang dikongsikan oleh Era FM, Nabil dibawa menaiki satu kereta dalam keadaan matanya ditutup sehingga menuju serta tiba ke lokasi itu.

Sebaik sahaja tiba, Nabil terus membuka matanya yang tidak menahan sebak mengalirkan air mata kegembiraannya.