Laman Utama

Jatuh, Anak Aeril Zafrel & Wawa Zainal Alami Kecederaan Bahu Bengkak

gempak
Zulaikha Yusof
15/02/2021
09:20 MYT
Sponsor Banner
Jatuh, Anak Aeril Zafrel & Wawa Zainal Alami Kecederaan Bahu Bengkak
Anak kepada pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal iaitu Ayya Soffya tidak bernasib baik apabila terjatuh dari sofa pada hari Sabtu lalu.
Menurut Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 30, akibat kecelakaan itu anak ketiganya yang berumur setahun dua bulan mengalami kecederaan pada bahagian bahu.
"Alhamdulillah hari ini Ayya Soffya dah kurang menangis tapi bahu bengkak sebab jatuh semalam. Doakan Sopia cepat sembuh," kongsinya di Instagram Stories, semalam.
Sebelum ini, Wawa ada memohon bantuan dari wargamaya untuk berkongsi pengalaman sekiranya pernah mengalami situasi seperti itu.
Katanya, Soffya tidak mampu untuk menggerakkan badan disebabkan kesakitan yang dirasai.
"Kesian anak mama jatuh sofa terlentang tadi badan tak boleh gerak. Sakit..
"Nangis dia kalau kena angkat. Ada pengalaman macam ini tak korang?" tulisnya.
Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 dan turut dikurniakan dua cahaya mata lain iaitu Ahmad Fakharuddin Attar Suhairil, 7, dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa Suhairil, 5.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live