Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dilihat telah memuatnaik foto kakinya yang terjatuh di dalam bilik air.
Menerusi entri tersebut Siti telah menulis kapsyen, meskipun dia mengalami kecerderaan namun dia masih boleh untuk pergi untuk membeli-belah.
"Jatuh bilik air hotel nasib bekas gymnas sekolah rendah, split ..Nasib tak terkehel lutut.. Jalan2 shopping bleh lagi" kataya seperti dimuatnaik di Instagram.
Rata-rata peminat Siti di IG melahirkan rasa risau mengenai kesihatan penyanyi kegemaran mereka itu dan ada diantara yang mereka menyuruh Siti supaya segera pergi untuk mendapatkan rawatan.
Kebanyakan mereka mendoakan agar Siti akan pulih dengan segera dan berharap kesihatan penyanyi itu dapat kembali kepada asal.
Tidak hanya disitu, peminat Siti kebanyakannya menyuruh penyanyi pujaan mereka itu agar lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu agar perkara seperti ini tidak berlaku lagi.
Siti kini dan keluarga sedang bercuti bersama keluarga di Spain dan Portugal.
Menerusi IGnya, Siti juga dilihat berkongsi pelbagai foto percutiannya.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Kisah Si Ranum Bercakap Dengan Jin… Eh… Jun! | Singgah Set
Wow! Lain macam tajuk drama terbaharu daripada Astro kali ini ya! Bercakap Dengan Jun ni buatkan ada orang fikir salah typo atau orang ingat cerita mistik tapi drama bersiri ini mengisahkan seorang pencopet yang bernama Jun dalam meneruskan kerjayanya sebagai pencopet professional. Istimewa kisah ini, ada seorang bayi bernama Ranum akan menjadi sidekick Jun, Luth dan Lily.
Korang nak tengok tak BTS pembikinan drama ini? Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #BercakapDenganJun
Mulai 1 Mei 2024
Setiap Rabu & Khamis, 9 Malam di Astro Ria dan Strim Astro GO
Bersama dengan Dini Schatzmann, Kahoe Hon, Qistina Rania, Fikry Ibrahim, Musyi Mohtar, Hilal Azman, Jun Lojong, Emelda Rosemila & pelakon-pelakon hebat yang lain.