Pelakon drama bersiri Mr Grey yang sedang hangat diperkatakan ketika ini, Fendy Bakry dilaporkan mengalami sakit secara tiba-tiba.
Namun sakit apa tidak pula dinyatakan lebih lanjut oleh pihak pengurusannya yang memaklumkan tentang perkara tersebut.
Menurut syarikat pengurusannya, pemilik Prokuya Studios, Fadzil Zahari, Fendy mengalami sakit secara tiba-tiba ketika hampir habis penggambaran di Melaka dan Kuala Lumpur sehingga ke hari ini.
Oleh itu, dia meminta maaf kepada semua pihak yang tidak dapat menghubungi atau menerima sebarang respons daripada Fendy sendiri.
Fadzil juga memohon maaf bagi pihak Fendy kerana terpaksa membatalkan acara-acara yang berkaitan dengan pelakon tersebut.
Pada pertengahan Mac lalu, Fendy telah mendapat rawatan di Hospital Melaka. Seterusnya dia mendapat rawatan susulan di Hospital Kuala Lumpur.
Ketika itu, ditanya berkenaan penyakitnya, Fendy hanya memohon doakan kesihatannya.
Menerusi laman Instagram Fendy, rata-rata peminat mendoakan agar Fendy kembali sembuh seperti sediakala.
Drama bersiri Mr Grey lakonan Fendy bersama Eyra Hazali kini sedang hangat bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria dan Astro Ria HD.
Sumber: Astro Awani & Sinar Harian
Susunan: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Fendy
Kamaruddin Razal
Thu Apr 26 2018
Pernah Kaut Pendapatan Tinggi Live TikTok, Riezman Khuzaimi Dilantik Duta Agensi KamiSempoi
Setelah lebih dua tahun beroperasi, agensi Tiktok KamiSempoi International Agency melantik pelakon Riezman Khuzaimi sebagai duta.
"Benda Dah Settle Kenapa Nak Ungkit Lagi?" - Muaz Zabir Bidas Kenyataan Aliff Aziz!
Muaz Zabir tampil bersuara susulan isu podcast Aliff Aziz baru-baru ini.
Banyak Bagus Festival 2024 Gabung Artis Popular 4 Negara!
Banyak Bagus Festival (BBF) 2024 melakar sejarah tersendiri apabila menggabungkan artis popular dari empat negara Asia iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.
BUJANG SEPAHTU KEPOK BONDA
Tahniah! Michelle Yeoh Antara 19 Penerima Medal Of Freedom
Tahniah Tan Sri Michelle Yeoh.
Abby Abadi Dedah Kerjaya Sebenar Aslam - "Dia Anak Ustaz, Pemandu E-Hailing & ..."
Pelakon Abby Abadi mendedahkan menantunya, Ahmad Aslam bekerja sebagai pemandu e-hailing bagi menampung kehidupan keluarganya.
“Ibu Mana Boleh Tahan? Senang Senang Nak Dajjalkan Anak Aku, Cakap Muka Macam Bab*” - Isteri Caprice Ulas Isu Melutut
Sabar seorang ibu juga ada hadnya.
Pesawat Ringan Terhempas Di Tanjung Malim, Dua Mangsa Selamat
Syukur mangsa selamat.
"Bukan Marissa Seorang Yang Patut Dipersalahkan, Dulu Pun Saya Tak Pernah Salahkan Memey" - Abby Abadi
Pelakon Abby Abadi masih kurang mengerti tindakan netizen yang masih menyalahkan anaknya, Marissa Dania Hakim selepas bergelar isteri kedua Ahmad Aslam
Rasmi Bercerai Dengan Teuku Ryan, Hak Asuh Anak Jatuh Pada Ria Ricis
Drama rumah tangga YouTuber Indonesia, Ria Ricis dengan Teuku Ryan berpenghujung dengan penceraian.