Filem terbaru arahan Kabir Bhatia iaitu Sangkar sentiasa mencuri perhatian orang ramai yang telah menontonnya.

Menerusi tinjauan Gempak di laman Twitter, rata-rata netizen memuji lakonan Zul Ariffin yang menampilkan kelainan dalam filem tersebut.

Ada netizen mengatakan Zul tampil berbeza dari karakter macho dan bersuara dalam seperti yang selalu dilakonkan sebelum ini, ada juga yang memberi markah 11/10 untuk hasil lakonannya dalam Sangkar.





Sedikit info mengenai Sangkar, filem ini menonjolkan keistimewaan dengan mengetengahkan sukan seni bela diri campuran (MMA) buat pertama kalinya dalam sejarah pembikinan filem di Malaysia.

Bukan itu sahaja, Sangkar juga turut memaparkan elemen persahabatan, kekeluargaan, agama dan banyak lagi

Sangkar dibintangi oleh Remy Ishak, Zul Ariffin, Mira Filzah, Ray Era, Nik Adam Mika dan ramai lagi. Ia masih ditayangkan di 108 pawagam seluruh negara.

Selain itu, filem kegemaran ramai ini juga ditayangkan di Brunei dan Singapura, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!