Hiburan

Jawapan Karisma Kapoor Apabila Ditanya Tentang Comeback

gempak
Ahmad Shah
20/11/2015
05:30 MYT
Sponsor Banner
Jawapan Karisma Kapoor Apabila Ditanya Tentang Comeback
Aktres yang cukup popular menerusi filem Dil To Pagal Hai, Karisma kapoor mengakui masih belum bersedia untuk kembali aktif berlakon selepas sekian lama mendiamkan diri.
Menurut Karisma, dia masih belum bersedia untuk ke layar perak dan lebih selesa menguruskan keluarga.
“Saya masih belum membuat keputusan untuk kembali berlakon di layar perak. Sekarang saya masih sibuk menguruskan keluarga,” jelas Karisma Kapoor ringkas.
Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut berkongsi rahsia bagaimana dia kekal langsing dan menawan.
“Saya tidak pernah mengikuti sebarang program diet. Saya suka makan apa sahaja tetapi dalam pengambilan secara sederhana. Tidak semua orang suka bersenaman atau ke gym, tetapi dengan hanya berjalan kaki sahaja mampu memberi keajaiban,” ujar Karisma lagi.
Karisma Kapoor mendirikan rumah tangga dengan usahawan terkenal Sunjay Kapur dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Samiera dan Kiaan Raj Kapoor.
Olahan Semula: Khalid Rahman
Sumber: Indian Express
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live