Penyanyi dan pelakon popular dari Taiwan, Jay Chou mempamerkan bakatnya bermain satu alat muzik tradisional Cina yang dikenali sebagai guzheng dalam satu persembahan.

Aksinya itu dapat ditonton peminat menerusi akaun Instagramnya, @jaychou yang memuat naik video ketika dia bermain alat muzik tersebut.

Ujarnya, ia adalah suatu pengalaman bermain alat muzik yang sukar.

梅蘭竹菊 杠上開花 one hand play ? such a...? #麻將 #古箏 #mahjong #guzheng #lifestyle #music

A post shared by Jay Chou (@jaychou) on


Guzheng yang turut dikenali sebagai alat muzik yang mempunyai banyak tali seperti gitar dipercayai wujud sejak 2,500 tahun dahulu.

Satu alat muzik tersebut mempunyai 16 tali manakala versi moden pula sebanyak 21 tali.

Persembahan pelakon yang popular dengan filem aksi perlumbaan kereta, Initial D itu cukup menghiburkan ramai penonton.

Netizen juga memuji bakat Jay Chou bermain alat muzik tersebut.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @jaychou