Pelakon utama filem Mulut Masin, Jay Nazif mengakui perlu bertutur dalam loghat Pulau Pinang ketika menjayakan naskhah arahan Razaisyam Rashid itu.

Begitupun, menurut Jay, perkara itu tidak mendatangkan masalah kepadanya berikutan dia juga merupakan anak kelahiran Georgetown, Pulau Pinang.

"Dalam filem ini, watak Ajib yang saya bawakan memerlukan saya bercakap menggunakan loghat Penang.

"Kebetulan saya memang orang Penang, jadi, ia lebih mudah buat saya nak bawakan watak tersebut," katanya kepada Gempak.

Pada masa sama, kata Jay, dia juga tidak mempunyai masalah untuk bertutur menggunakan laras bahasa biasa.

"Memang kalau dengar dalam filem itu, loghat Penang saya cakap 'pekat'. Bagaimanapun, jika dengan kawan luar, saya boleh cakap macam biasa sahaja. Tak ada masalah pun.

"Kebetulan watak Ajib itu sendiri orang Penang. Bila di Kuala Lumpur saya boleh cakap KL" jelasnya.

Jay merupakan antara empat pelakon kanak-kanak yang diangkat sebagai teraju utama filem Mulut Masin.

BACA: "Itu Air Mata Betul" - Jay Nazif Kunci Mulut 'Kisah' Yang Buat Dirinya Mampu Nangis Real Dalam Mulut Masin

Nakshah yang mengangkat genre keluarga, komedi dan seram itu turut menampilkan pelakon berpengalaman lain seperti Datin Maria Farida, Lan Pet Pet, Farahdhiya, Aloy Paradoks dan Khatijah Tan.

BACA: "Lawak Gelak Sampai Sakit Perut" - Penonton Terhibur Layan Filem Mulut Masin

Jadi, jangan lupa saksikan Mulut Masin yang boleh ditonton bermula 19 November di pawagam rumah anda!

Naskhah tersebut boleh ditonton menerusi Astro First (saluran 480) selain pilihan yang lebih fleksibel menerusi strim di Astro GO atau On Demand.

Dengan langganan serendah RM15 sahaja, penonton berpeluang menonton filem tersebut berulang kali dalam tempoh 48 jam.