Rapper terkenal, Jay Park sekali lagi mengumumkan dia mahu bersara dari dunia hiburan.

Memetik laporan Allkpop, Jay Park telah memberitahu perancangannya untuk bersara menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

Dalam entri sama, Jay Park turut berkongsi potongan lagu Encore yang dimuatkan dalam album terbarunya, Nothing Matters.

"Lagu ini benar-benar memberi bayangan tentang persaraan saya, saya boleh tinggalkan industri hiburan tanpa rasa menyesal kerana saya telah lakukan yang terbaik," tulisnya.





Seperti diketahui ramai peminat, ini bukan kali pertama Jay Park bercakap mengenai hasratnya untuk bersara.

"Saya terfikir untuk bersara awal kerana bukan senang mencurahkan tenaga untuk menghiburkan orang ramai," katanya ketika dalam sebuah temu bual dua tahun lalu.

Sekadar info, pemilik nama sebenar Park Jae-beom ini mula aktif dalam industri hiburan Kpop pada sekitar tahun 2008.

Sumber : allkpop.com