Jebat Raih RM1.3 Juta Dalam Tempoh 4 Hari Tayangan, Memang Padu!

ZULHILMI JALIL
September 7, 2020 08:35 MYT
Filem Jebat yang menampilkan gandingan Sharnaaz dan Nelydia Senrose terus mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan penonton.
Buktinya, filem arahan Jamal Khan itu berjaya mencatatkan kutipan sebanyak RM1.3 juta dalam tempoh hanya empat hari tayangan sahaja.
Berita gembira itu dikongsikan menerusi Instagram Astro Shaw yang membawakan naskhah berkenaan kepada penonton.
"Alhamdulillah. RM 1.3 juta dalam masa empat hari tayangan. Terima kasih kepada semua yang telah menyokong dan menonton filem Jebat," tulisnya.
Sementara itu, Sharnaaz menerusi Instagram miliknya turut meluahkan rasa syukur dengan berita gembira mengenai hasil kutipan filem yang cukup memberangsangkan itu.
"Alhamdulillah. Semua rezeki Allah punya bukan kita punya, bakat dan seni ini, Allah beri. Syukur," katanya.
Sejak ditayangkan pada 3 September lalu, filem Jebat menerima pelbagai reaksi positif dalam kalangan penonton.
BACA: "Saya Bagi 10 Bintang" - Penonton Suka Tengok Momen Sweet Sharnaaz, Nelydia Dalam Filem Jebat
Jebat mengisahkan seorang bekas ketua gangster (lakonan Sharnaaz) yang telah bertaubat dan cuba hidup sebagai orang biasa dengan bekerja sebagai penternak ikan dan berkahwin.
Bagaimanapun, seterunya dalam kumpulan gangster masih mengganggu hidup baharunya.
BACA: Rugi Kalau Tak Tengok! Ini 5 Sebab Anda Wajib Tonton Filem Jebat
Apapun, jika anda nak ambil 'mood' Jebat, anda boleh layan drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta di Gempak.
BACA: Selepas 6 Tahun, Sharnaaz & Nelydia Muncul Lagi! Kali Ini Dalam Versi Filem Jebat
Jadi, tunggu apa lagi, jom tonton filem Jebat di Astro First saluran 480 hari ini!
Dengan pembelian hanya RM15, penonton berpeluang menonton berulang kali filem Jebat dalam tempoh 48 jam.
Bagi mendapatkan info terkini mengenai Jebat, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.
#Filem #Filem #Kutipan #Jebat