Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Jelas Kami Sedang Bahagia," - Mahalini Dituduh Curang, Rizky Minta Henti Sebar Fitnah

Asyraf Roslan
21/09/2024 01:55 MYT
Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba nama penyanyi Indonesia, Mahalini menjadi sebutan netizen apabila dia dituduh curang dengan suaminya, Rizky Febian.

Tuduhan itu telah dibuat oleh sebuah akaun di Tiktok @hazwa.

Menerusi hantaran di Tiktok, individu tersebut mendakwa Mahalini mempunyai lelaki lain dan ada saksi-saksi yang mengetahui perkara tersebut namun hanya berdiam diri.

"Saksi bisu perselingkuhan itu team dia semua, termasuk pengurusnya turut menyembunyikan perselingkuhan itu,"

"Saksi bisu dari orang ketiga itu adalah Adli, percuma taat solat tapi sorok perselingkuhan orang.

"Kawannya itu macam tiada wanita lain sampai ambil isteri orang," ujarnya di TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat Masih Suka Versi Asal 'Sampai Menutup Mata' Acha Septriasa, Nyanyian Mahalini Tak Cukup Rasa? - "Aku Lelaki Pun Boleh Nangis"

ARTIKEL BERKAITAN: Rizky Febian ‘Buat Hidung’ Kerana Kesihatan Di Korea Selatan, Bagaimana Dengan Mahalini?

ARTIKEL BERKAITAN: Ini Pesanan Bapa Mahalini Untuk Rizky Febian - “Mahalini Daripada Keluarga Saya, Keluarga Besar Saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Nikah Secara Islam 8 Mei Ini, Mahalini & Rizky Febian Selamat Jalani Upacara Dharma Suaka Adat Bali

ARTIKEL BERKAITAN: Mahalini, Rizki Febian Selamat Diijabkabul, Kini Bergelar Suami Isteri!

Tidak mendiamkan diri, Rizky Febian tampil memberikan kenyataan menerusi laman Instagramnya.

Pelantun lagu Cuek itu meminta untuk orang ramai menghentikan fitnah itu kerana dia dan Mahalini dalam keadaan baik dan bahagia.

"Kalau cerita pasal saya, saya akan okay sahaja.

"Tapi kalau sampai fitnah isteri saya dan bawa-bawa keluarga, saya minta hentikan, kami berdua sedang bahagia.

"Tolong hentikan berita palsu ini," ujar Rizky.

Rizky juga meminta orang ramai tidak mempercayai berita palsu itu dan berdoa agar individu yang membuat berita palsu itu diberikan kesedaran.

Untuk info, Perjalanan cinta Rizky dan Mahalini bermula pada 7 Februari 2022 sebelum memutuskan untuk bertunang pada 7 Mei 2023.

Kemudian pasangan ini telah selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 10 Mei 2024.

#Rizky Febian #Curang #Tuduhan #Mahalini
;