Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Jemaah Jual Rojak Lontong Di Arafah Raih Perhatian, Siap Gesek Kuah Depan Pelanggan!

Gempak
18/06/2024 04:29 MYT
Hari Arafah baru sahaja berlalu pada Ahad dan mengikut kebiasaan, jemaah akan bertolak ke Muzdalifah seelpas wukuf sebelum melontar jamrah di Mina.

Namun, di sebalik keramaian di Arafah baru-baru ini, terbit sepotong video yang memperlihatkan sekumpulan jemaah yang menjual hidangan popular dari Indonesia.

Rojak lontong

Menerusi video yang dimuat naik di Youtube, difahamkan jemaah tersebut berjualan rojak lontong.

Pada video sama, seorang wanita yang dipercayai asal Indonesia dilihat sedang asyik menggesek kuah rojak sambil diperhatikan oleh jemaah lain.

Selain itu, kelihatan ada jemaah yang turut merakam aksi dua wanita yang sedang menyediakan hidangan berkenaan.


“Arafah.. Berjual rojak. Masuk rakaman ni,” ujar individu yang merakam video tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video yang dimuat naik itu sudah menerima sekitar 400 tontonan.

ARTIKEL BERKAITAN: Natasha Hudson Selamat Bersalin, Syukur Dikurniakan Seorang Lagi Cahaya Mata - “Saya Melihat Ke Hadapan Untuk Lebih Menikmati…

ARTIKEL BERKAITAN: Momen Pemain Wanita Amerika Syarikat Terkesima Lihat Lee Zii Jia Jadi Tumpuan Netizen!

ARTIKEL BERKAITAN: Momen Makan-Makan Abby Abadi Bersama Keluarga, Aslam & Marissa Raih Perhatian Warganet - "Keluarga Ini Sedang Berjuang Berdamai…

ARTIKEL BERKAITAN: “Bapa Terbaik, Meleleh Air Mata..” - Video Fizo Omar Surprise Anak Bikin Netizen Sebak

ARTIKEL BERKAITAN: Abby Abadi Dedah Anak-Anaknya Berkulit Putih Sebab Tak Main Panas, Duduk Dalam Aircond 24 Jam


Untuk rekod, rojak lontong merupakan salah satu makanan tradisional yang berasal dari Jawa Timur.

Makanan ini diperbuat daripada sayur-sayuran, kemudiannya dicampur kuah yang diperbuat daripada campuran kacang, petis, gula merah, biji pisang dan lontong.

Sumber: Youtube

Korang dah tengok filem The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

#Indonesia #Jemaah #Arafah #Rojak lontong