Tindakan bekas pelakon Zul Yahya berkongsi sepotong video persembahan penyanyi veteran Junainah M Amin di premisnya baru-baru ini mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Menerusi video yang dimuatnaik di IGTV baru-baru ini, penyanyi terbabit tampil berhijab dan mengenakan blaus serta seluar putih sambil menyanyikan lagu popularnya, Suasana Riang Di Hari Raya.

Dalam video berdurasi 3 minit 18 saat itu juga, Zul berkongsi suasana tetamu yang hadir memenuhi lokasi tersebut.

Acara itu turut dihadiri barisan artis lain termasuk Norlia Ghani, Shaharudin Thamby dan Hamidah Wahab.

"Alhamdulillah... Allah swt hadirkan seniman dan seniwati tanah air bertandang ketempat kami ,
Allahuakbar.

"Lepas rinduku dgn ibu-ibu dan abang-abang dalam dunia seni ... semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik ke atas mereka dan diberkati usia mereka. Semoga jumpa lagi.

"Masih mantap suara kak Junainah M Amin," tulis Zul.

Bagaimanapun, tindakan Zul berkongsikan video persembahan tersebut mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

"Hormatilah bulan Ramadan...Bulan yang mulia ini....Mata melihat...boleh mendatangkan zina...iaitu zina mata," tulis seorang pengguna.

"Bang, sayang aurat bang," tambah pengguna lain.

"Boleh pula ada show dalam bulan ramadan ni. Allahuakbar dengan aurat macam tu," komen pengguna lain pula.

"Deletelah video ini, memang mengundang kecaman. Macam tak sesuai je," tambah pengguna lain.



Tidak berdiam diri, Zul tampil menjawab kecaman terbabit. Katanya; "Ramai juga yang komen kat sini macam dia confirm ahli syurga tanpa hisab."



Di sebalik komen negatif ada juga yang tampil menyatakan kerinduannya terhadap artis-artis veteran yang pernah menyinari industri hiburan tempatan suatu ketika dahulu.

Tak kurang juga ada yang menyanjungi suara Junainah yang masih berbisa!

A post shared by Zul Yahya (@zulyahya70)