Skip to main content

Berita Tempatan

Jenazah Cikgu Istiqomah Diserah Kepada Keluarga Tanpa Kaki Dan Tangan

astrogempak_-cikguistiqomah.png

Keluarga kepada guru wanita Allahyarhamah Istiqomah Ahmad Rozi,33, yang dipercayai dibunuh secara kejam oleh kenalan lelakinya menerima dengan baik keadaan jenazah yang diserahkan di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Melaka pada Isnin. 
 

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, proses penyerahan badan dan kepala tanpa kedua-dua kaki dan tangan itu juga berjalan dengan lancar.

Mengulas lanjut, beliau berkata, siasatan dan pencarian anggota badan Istiqomah akan diteruskan sekiranya pihak polis menjumpai sebarang petunjuk baharu, meskipun suspek telah dituduh di Mahkamah Majistret Alor Gajah, hari ini.

“Siasatan masih lagi berjalan dan jika kita dapat petunjuk baharu, kita akan teruskanlah (siasatan) bukan berhenti di sini,” ujarnya.

Tambahnya, setakat ini, suspek utama itu hanya didakwa berkaitan kes Istiqomah dan tidak akan diserahkan kepada kontinjen lain selain akan dibawa ke Penjara Sungai Udang sehingga kes pendakwaan selesai.

Sumber: Astro AWANI

Must-Watch Video

Advertisement