Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Jenazah Cikgu Istiqomah Diserah Kepada Keluarga Tanpa Kaki Dan Tangan

Gempak
19/08/2024 08:35 MYT
Keluarga kepada guru wanita Allahyarhamah Istiqomah Ahmad Rozi,33, yang dipercayai dibunuh secara kejam oleh kenalan lelakinya menerima dengan baik keadaan jenazah yang diserahkan di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Melaka pada Isnin.

Berjalan lancar

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, proses penyerahan badan dan kepala tanpa kedua-dua kaki dan tangan itu juga berjalan dengan lancar.

"Keadaan jenazah seperti mana yang semua tahu, ada bahagian yang tidak dapat (dijumpai) lagi di mana bahagian badan yang kita temui pada peringkat awal dan peringkat kedua (kepala dan tulang jari) telah diserahkan kepada keluarga hari ini.

"Jenazah ini sedang dimandi dan dikafankan dan insya-Allah akan dibawa balik ke Kelantan untuk dikebumi yang mana keluarga menerima keadaan ini selepas dimaklumkan oleh pihak doktor," katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Melaka.

Artikel berkaitan: Bekas Guru Dituduh Bunuh Cikgu Istiqomah

Artikel berkaitan: Suspek Utama Pembunuhan Kejam Cikgu Istiqomah Tiba Di Mahkamah

Artikel berkaitan: Suami Cikgu Istiqomah Tuntut Keadilan - "Dia Isteri Yang Baik"

Artikel berkaitan: Hilang Selama 8 Bulan, Ini Kronologi Kes Pembunuhan Kejam Cikgu Istiqomah

Petunjuk baharu

Mengulas lanjut, beliau berkata, siasatan dan pencarian anggota badan Istiqomah akan diteruskan sekiranya pihak polis menjumpai sebarang petunjuk baharu, meskipun suspek telah dituduh di Mahkamah Majistret Alor Gajah, hari ini.

“Siasatan masih lagi berjalan dan jika kita dapat petunjuk baharu, kita akan teruskanlah (siasatan) bukan berhenti di sini,” ujarnya.

Tambahnya, setakat ini, suspek utama itu hanya didakwa berkaitan kes Istiqomah dan tidak akan diserahkan kepada kontinjen lain selain akan dibawa ke Penjara Sungai Udang sehingga kes pendakwaan selesai.

Sumber: Astro AWANI

#Keluarga #Jenazah #Cikgu Istiqomah