Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Jennie BLACKPINK Keluar Bersama BamBam GOT7, Ini Penjelasan Wakil Agensi

Gempak
19/09/2024 12:25 MYT
Wakil daripada label Jennie BLACKPINK, OA Entertainment tampil menafikan khabar angin hubungan cinta dengan anggota kumpulan GOT7, BamBam.

Jelas wakil agensi itu, mereka sudah lama berkawan baik dan perjumpaan mereka di Los Angeles, Amerika Syarikat itu hanyalah untuk makan bersama.

"Oleh kerana Jennie dan BamBam merupakan kawan rapat, mereka bertemu di Amerika Syarikat untuk makan bersama, tidak lebih daripada itu," jelasnya.


Tular di media sosial apabila salah seorang ahli kumpulan BlackPink, Jennie, dilihat keluar dari sebuah restoran Jepun terkenal di Los Angeles bersama BamBam.

Kekecohan tersebut telah menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai hubungan mereka, sehingga ada yang mendakwa bahawa mereka sedang bercinta.

BERITA TRENDING: Pilih Jenama Mewah, Harga Katil Jennie BLACKPINK Sama Nilai Sebiji Rumah!

BERITA TRENDING: Netizen Desak Jatuhkan ‘Hukum' Buat Jennie Blackpink Kerana Hisap Vape

BERITA TRENDING: Jadual Terlalu Padat, Jennie BLACKPINK Pernah Tidak Tidur 4 Hari

BERITA TRENDING: Tinggalkan YG Entertaiment Untuk Karier Solo, Jennie Blackpink Dedah Maksud Agensi Miliknya ODD ATELIER


Terdahulu, pada 17 September, Jennie dan BamBam dilihat keluar makan bersama-sama di sebuah restoran Jepun yang terkenal di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Sumber: AllKpop

#Cinta #GOT7 #Blackpink #Jennie #Kawan #BamBam #Agensi