Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Jennifer Coppen Nafi Dali Wassink Kemalangan Akibat Mabuk, Bertengkar Sebelum Kejadian… Kongsi Pesanan Terakhir Suami

Gempak
22/07/2024 15:55 MYT
Aktres terkenal Indonesia, Jennifer Coppen menafikan dakwaan yang mengatakan suaminya, Yitta Dali Wassink atau lebih dikenali sebagai Papa Dali yang meninggal dunia kerana kemalangan kerana dibawah pengaruh alkohol.

Nafi Mabuk & Bergaduh

Menurut laporan Brilio, Jennifer turut menafikan dakwaan yang dia dan Dali bertikam lidah sebelum kejadian tersebut.

"Terdapat banyak kekeliruan di internet yang menganggap Papa Dali pulang ke rumah dalam kemalangan kerana dia minum atau pulang ke rumah dalam kemalangan kerana dia bergaduh dengan saya.

“Saya hanya mahu anda tahu bahawa itu tidak benar," jelasnya ibu kepada seorang anak itu.

Pesanan Terakhir Suami

Jennifer Coppen turut mendedahkan mesej terakhir daripada suaminya sebelum dia meninggal dunia.
Kongsi Jennifer, suaminya ada menghantar mesej bahawa dia akan pulang ke rumah tidak lama lagi. Namun beberapa jam selepas mesej itu dihantar, tiada khabar berita daripada suaminya.

Sebaliknya, dia menerima berita bahawa suaminya telah meninggal dunia dalam kemalangan.

“Papa Dali berbual dengan saya dan berkata, 'Sayang, saya pulang'. Selepas dua jam dia tidak membalas chat saya dan ternyata dia tiada di sana.

"Apabila Papa Dali terbabit kemalangan, dia terus tidak sedarkan diri di tempat kejadian.

“Jadi saya nak semua tahu yang Papa Dali tak sakit. Papa Dali pun pergi dengan tenang ditemani semua keluarganya," tambahnya.

Terdahulu, Dali Wassink disahkan meninggal dunia pada usia 22 tahun akibat kemalangan jalan raya pada 18 Julai 2024 di Sunset Road, Kabupaten Badung, Bali.

Untuk rekod, Dali bernikah dengan Jennifer Coppen pada 10 Oktober 2023.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan berusia 10 bulan yang diberi nama Kamari Sky Wassink.

ARTIKEL BERKAITAN: Jenazah Suami Dibakar Meskipun Sudah Mualaf, Ini Jawapan Pelakon Jennifer Coppen - “Papa Dali Baru Belajar Agama Islam…”

Sumber: Brilio

#pelakon #Viral #Kemalangan #Indonesia #Mabuk #Dali Wassink #Jennifer Coppen #Papa Dali