Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Jennifer Coppen Sebak Ustaz Derry Sulaiman Ajak Laksanakan Ibadah Umrah, Mahu Berangkat September Ini

Firdaus
08/08/2024 05:55 MYT
Susulan pemergian arwah suaminya, Dali Wassink, pelakon Jennifer Coppen dijemput untuk melaksanakan ibadah umrah oleh Ustaz Derry Sulaiman.

Mahu Pergi Umrah

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Jennifer menerusi Broadcast Channel Instagramnya pada Isnin di mana dia mendedahkan pendakwah berkenaan mengajaknya melakukan ibadah tersebut pada September.

"InsyaAllah pada September nanti saya akan pergi melaksanakan umrah...

"InsyaAllah pada September nanti saya akan pergi melaksanakan umrah bersama Kamari, Ustaz Derry sekeluarga.

"Saya berdoa supaya saya boleh berangkat sekarang. Saya masih menunggu jadual kerja saya sama ada boleh pergi ataupun tidak," jelasnya.

Dalam pada itu, Jennifer turut menzahirkan rasa penghargaan terhadap Ustaz Derry Sulaiman yang mengambil berat berkaitan dirinya setelah ujian yang menimpa.

"Untuk Ustaz Derry, Ya Allah, semoga Allah membalas kebaikan Ustaz Derry. Saya menangis bila Ustaz Derry telefon ajak saya pergi umrah," luah Jennifer.

BERITA TRENDING: Tak Mahu Hidup Dalam Kesedihan, Jennifer Coppen Terpaksa Berpindah - “Setiap Sudut Ruangan Rumah Mengingatkan Aku Tentang Papa Dali”

​BERITA TRENDING: Takut Roh Suami Tak Tenang, Jennifer Coppen ‘Lepaskan’ Abu Mayat Dali Wassink

​BERITA TRENDING: Anak Dah Berjalan Tapi Dali Wassink Tak Sempat Tengok, Isteri Harap Suaminya Bangga Di ‘Atas Sana’

​BERITA TRENDING: "Bila Mayat Seorang Muslim Dibakar, Maka Satu Kampung Tanggung Dosa" - Ustaz Abdul Somad

Imbas kembali, Dali Wassink meninggal dunia pada usia 22 tahun akibat kemalangan jalan raya di Sunset Road, Seminyak, Bali pada 18 Julai lalu.

Jenazah Dali Wassink kemudian dibakar di Krematorium Kertha Semadi, Kuta Selatan, Badung, Bali pada Jumaat, 19 Julai.

#Umrah #hiburan #Jennifer Coppen #Ustaz Derry Sulaiman