gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Filem Baru Tayang, Bintang Lilo & Stitch Meninggal Dunia
BERITA
Israel Larang Rakyatnya Larikan Diri, Tutup Lapangan Terbang Utama - “Kami Tidak Akan Luluskan”
HIBURAN
Iqbaal Ramadhan, Baale Dikelilingi Peminat Wanita: “Saya Tidak Kisah Lelaki Atau Perempuan…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Jennifer Lopez Bercium Ghairah 3 Penari Di AMA 2025

gempak
Maliah Surip
27/05/2025
13:50 MYT
Sponsor Banner
Jennifer Lopez Bercium Ghairah 3 Penari Di AMA 2025
Jennifer Lopez membuka pentas American Music Awards 2025 (AMA2025) dengan sensasi apabila bercium bukan dengan seorang tetapi tiga orang penari yang mengiringi persembahannya.
Aksi tersebut telah mendapat pelbagai respons dalam kalangan peminat yang menyifatkan ciuaman yang dibuat bersama seorang penari lelaki dan perempuan kelihatan terlalu ghairah untuk dipertontonkan secara langsung di atas pentas.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Jenny from the Block melakukan aksi tersebut sewaktu mendendangkan lagu milik Benson Boone, Beautiful Things.
Tanpa memberi respons terhadap persembahan sensasinya, Lopez mengaku berusaha keras untuk tampil terbaik pada AMA 2025.
“Saya telah bekerja keras dalam beberapa minggu ini. Saya sangat teruja. Ini menjadi penampilan pertama saya di televisyen sejak tahun lalu,” ujarnya kepad E!News.
Mantan isteri Ben Affleck itu juga menjadi hos acara gemilang tersebut.
Terdahulu Lopez sempat memaklumkan mengalami kecederaan pada bahagian hidung sewaktu menjalani latihan persembahan di AMA 2025.
Topic Berkaitan
#Hollywood
#cium
#Jennifer Lopez
#Penari
#AMA 2025
Must-Watch Video