Skip to main content

Selebriti

GV Fantasia: Tak Sentap Digelar ‘Abu Yamin’, Faizal Anggap Hanya Gurauan - “Saya Okay Sahaja, Tak Perlu Nak Terlalu Sensitif…”

GV Fantasia: Tak Sentap Digelar ‘Abu Yamin’, Faizal Anggap Hanya Gurauan - “Saya Okay Sahaja, Tak Perlu Nak Terlalu Sensitif…”

Sekilas

  • Faizal Ramly dari Gegar Vaganza Fantasia (GVF) tidak terasa hati dengan gelaran ‘Abu Yamin’ yang diberikan kepadanya dan menganggapnya sebagai gurauan untuk menceriakan suasana program.
  • Faizal percaya gelaran itu membantu dia lebih dekat dengan penonton dan memilih untuk menerima perkara tersebut secara positif walaupun pernah tertanya-tanya tentang persamaan wajah dengan karakter tersebut.
  • GV Fantasia musim ini menampilkan juara dan alumni Akademi Fantasia dengan barisan hos dan juri terkenal, serta disiarkan setiap Ahad di Astro Ria dan boleh distrim melalui Astro GO dan Sooka.
Advertisement

Bintang Gegar Vaganza Fantasia (GVF), Faizal Ramly mengakui tidak terasa hati dengan gelaran ‘Abu Yamin’ yang diberikan kepadanya, malah menganggap perkara itu sebagai salah satu cara untuk menceriakan suasana sepanjang program berkenaan.

Menurut Faizal, dia tidak menganggap gelaran itu sebagai sesuatu yang sensitif kerana memahami ia sekadar gurauan yang mungkin membuatkan dirinya lebih disenangi penonton.

Advertisement

“Okay sahaja, pada saya itu salah satu benda yang mungkin boleh membuatkan orang suka atau lebih dekat dengan kita.

“Saya tidak melihat ada sebarang masalah dengan gelaran tersebut. Pada saya perkara itu tidak sensitif, biasa sahaja.

“Tak perlu nak terlalu sensitif, gelaran itu hanya lah gurauan untuk suka-suka, tak ada apalah,” katanya kepada Gempak.

Advertisement

Tambah Faizal lagi, disebabkan gelaran tular itu jugalah membuatkan dirinya pernah tertanya-tanya sama ada wajahnya benar-benar mempunyai persamaan dengan karakter ‘Abu Yamin’ yang dimaksudkan, namun memilih untuk menerima perkara itu secara positif.

“Pernah juga terfikir, sama ke muka saya dengan Abu Yamin? Bila tengok balik gambar, jauh bezanya tapi tak mengapa.

“Mungkin mereka nak cipta kan situasi untuk hidupkan suasana dalam GVF ini. Kita ambil secara positif sahaja,” ulasnya.

Malah kata Faizal, dia bukanlah seorang yang mudah terasa hati dengan kata-kata orang lain selagi mengetahui dirinya tidak melakukan perkara yang salah.

“Saya sebenarnya seorang yang tidak mudah mengambil hati dengan apa sahaja komen atau kata-kata orang terhadap diri saya.

“Cukuplah saya tahu apa yang saya lakukan dan sentiasa berbuat baik dengan orang lain, itu sudah memadai bagi saya.

“Tak ada nak terasa hati, tak payah nak sentap sentap dengan gelaran itu, saya okay sahaja,” jelasnya.

Untuk info, gelaran Abu Yamin yang diberikan kepada Faizal adalah merujuk kepada karakter tular dalam naskhah KUDRAT 1968: High Council yang mencuri perhatian penonton.

Minggu ketiga menyaksikan Faizal yang menyampaikan lagu berjudul Smells Like Teen Spirit berada dikedudukan kelapan dengan peratusan markah sebanyak 55.40 peratus.

Untuk info, GV Fantasia musim ini menampilkan himpunan juara serta alumni program Akademi Fantasia termasuk Mawi, Vince, Faizal, Shahir, Mila Jirin, Stacy, Zahid, Faizul Sany dan Firman Bansir.

Empat alumni Akademi Fantasia (AF) iaitu Farah AF2, Felix AF3, Akim AF7, dan Ara Johari (AF2016) turut menjadi bintang sama-sama berentap di pentas GV Fantasia.

Menambahkan lagi keterujaan musim ini, GV13 digerakkan oleh trio hos kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.

Sementara itu, barisan juri pula masih mengekalkan tiga nama besar yang cukup dihormati dalam industri muzik, iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

Manakala Celcom Digi pula merupakan penaja rasmi Gegar Vaganza Fantasia.

Terima kasih diucapkan kepada penaja kerana terus bekerjasama dengan Gegar Vaganza.

Berlangsung selama 11 minggu, ‘GV13’ bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.

Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

JEEL Gents Kurta - RM39 only! | No Shrinkage | No Colour Run | Ready Stock | 100% Guaranteed |

JEEL Gents Kurta - RM39 only! | No Shrinkage | No Colour Run | Ready Stock | 100% Guaranteed |

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement