Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Jiggy Hilang Sabar! Berang Netizen Melampau ‘Edit’ Gambar Dhabitah Sabri - “Let’s Give You The Limelight That You Want…”

Asyikin Mayudin
12/08/2024 00:55 MYT
Pelawak Jiggy meluahkan rasa berang apabila terdapat netizen yang menyunting gambar isterinya yang juga penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri sehingga menjadi bahan jenaka di Facebook.

Hilang Sabar

Menerusi Instastory Jiggy atau nama sebenarnya Mohammad Aizat Ahmad Nazri berkata dia masih mampu untuk bersabar dengan komen negatif namun kesabarannya tercabar disebabkan tindakan netizen itu.

“Komen-komen yang menjatuhkan ke apa ke masih lagi dalam tingkat sabar aku... tapi bila kau mula edit gambar wife aku yang bukan-bukan itu memang dah too much.

“So let’s give you the limelight that you want and I will be seeing u SOON,” tulis Jiggy.

Tukar Nama

Pada perkongsian lain, Jiggy turut berkongsi akaun netizen tersebut yang secara tiba-tiba sudah menukar namanya selepas dia mahu mengambil tindakan undang-undang.

“By the way semalam Facebook Ridzuan Bukhori ni ok ja ada profile picture and all. Tiba-tiba tak ada dah. Tapi tak apa, @skmm_mcmc @pdrmsia_official @kpwkm ada untuk membantu memudahkan urusan nanti ya.

“Haihh tadi sedap nama Ridzuan Bukhori. Know know dah jadi Nisa A... what happen berader.. you can run but, you can’t hide… mungkin tengah sejuk kot,” katanya lagi.

Terdahulu, Dhabitah berjaya melayakkan diri ke final acara 3 meter di Aquatic Centra namun gagal membawa pulang pingat.

ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Nur Dhabitah Perlu Serlahkan Potensi Jika Mahu Bangkit Di LA28 - Bryan Nickson Lomas

ARTIKEL BERKAITAN: Nicol David Beri Kata-Kata Motivasi Buat Dhabitah Sabri - "Bayangkan Kamu Antara 12 Terbaik Dunia, Bangganya Kami Rakyat Malaysia"

ARTIKEL BERKAITAN: "Dia Sudah Sederet Dengan Juara Dunia" - Jiggy Dedah Dhabitah Video Call Lepas Habis Final, Mengadu Sedih Tak Dapat Hadiahkan Pingat Olimpik Untuk Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: "Masa Musuh Terbesar Saya" - Dhabitah Sabri Percaya Tuhan Ada Perancangan Terbaik, Rindu Pelukan Suami & Keluarga

#Netizen #Jiggy #Atlet Negara #Penerjun Negara #Dhabitah Sabri #Isteri Jiggy #Suami Dhabitah #Gambar Dhabitah #Netizen edit gambar #Olimpik Paris 2014