,
Sukan

"Dia Sudah Sederet Dengan Juara Dunia" - Jiggy Dedah Dhabitah Video Call Lepas Habis Final, Mengadu Sedih Tak Dapat Hadiahkan Pingat Olimpik Untuk Malaysia

Mya Amri
10/08/2024
08:25 MYT
Suami kepada penerjun negara Nur Dhabitah Sabri, iaitu pelawak Jiggy mengucapkan terima kasih kepada isterinya kerana telah berusaha sehabis baik untuk negara sepanjang penglibatannya di temasya sukan Olimpik Paris 2024.

Bangga lihat usaha isteri berjuang demi negara

Menurut Jiggy, sebagai seorang suami, dia berasa bangga melihat semangat juang yang tinggi dalam diri isterinya walaupun hanya mempunyai masa singkat untuk berlatih.
“Untuk saya, saya berasa bangga dengan dia dan ingin mengucapkan terima kasih dekat Dhabitah sebab dalam perjuangan dia itu banyak mengajar saya erti tidak putus asa.

“Sebab sebelum ini dia pernah alami kecederaan semasa kejuaraan dunia di Doha dan apa yang dia buat di Paris ini sebenarnya merupakan satu tamparan untuk atlet lain yang tidak masuk menggunakan wild card seperti dia.

“Tambahan pula dalam masa yang singkat, sebelum Olimpik dia hanya training sebulan sahaja kalau nak dibandingkan dengan atlet finalis lain yang sudah menjalani latihan dari tahun lepas.
“Secara tidak langsung juga, dia buka mata ramai pihak untuk mula percaya pada kejurulatihan tempatan,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Dhabitah luah rasa sedih, jiggy beri semangat

Mengulas lanjut mengenai Olimpik, Jiggy berkata isterinya berasa sedih kerana hasrat untuk menghadiahkan pingat pada negara tidak tercapai.
Namun sebagai suami, dia memberikan kata-kata semangat buat isterinya supaya bangkit dan bersyukur kerana berjaya sampai dalam acara final 3 meter papan anjal.
“Selepas final habis dia ada video call, dia sangat sedih sebab dah cuba sehabis baik untuk hadiahkan Malaysia pingat tetapi tidak berjaya dan tiada rezeki.

“Sebagai suami sudah pasti saya berasa sedih melihat dia dalam keadaan begitu sebab kita mahukan yang terbaik untuk dia.

“Jadi saya tenangkan dia dan beritahu untuk berada di Olimpik ini adalah impian semua atlet sebab ini lapangan juara.

“Dia sudah berjaya untuk berada di Olimpik sederet dengan juara-juar dunia pun sudah menjadi satu kebanggaan apatah lagi untuk ada di final.
“Itu pun sudah lebih daripada apa yang dia harapkan. Awal-awak dia hanya berharap untuk layak ke separuh akhir sahaja tapi alhamdillah rezeki dia sampai final,” jelasnya.

Perasaan bercampur baur

Dalam pada itu, Jiggy juga menyatakan perasaannya bercampur baur sebaik sahaja nama Dhabitah diumumkan layak memasuki pusingan akhir acara tersebut.

“Perasaan sudah tentu ada rasa teruja, bangga dan terkejut sebab dari awal dia terbang ke Paris dia dah cakap akan buat sehabis baik.

“Tetapi kalau prelim dia tidak lepas dia minta maaf. Jadi saya pesan pada dia, pressure kill joy. Jadi hanya enjoy Olimpik ini.
“Dia masuk dalam laluan wild card jadi ekspektasi orang pun tidak tinggi, buat apa yang termampu dengan apa yang ada,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:"Masa Musuh Terbesar Saya" - Dhabitah Sabri Percaya Tuhan Ada Perancangan Terbaik, Rindu Pelukan Suami & Keluarga

ARTIKEL BERKAITAN:Olimpik Paris 2024: Hadir Sebagai Wild Card, Dhabitah Muncul Penerjun Ke-12 Terbaik Dunia

ARTIKEL BERKAITAN:Dhabitah Sabri Pernah Cedera Di Kejohanan Akuatik Dunia, Jiggy Titip Pesanan Untuk Isteri - “Jaga Diri, Jangan Pressure & Sentiasa…”

ARTIKEL BERKAITAN:“Dia Penyokong Nombor Satu Saya…” - Dhabitah Sabri

ARTIKEL BERKAITAN:Berkawan Tak Sampai 2 Tahun, Jiggy Masin Sah Jadi Suami Dhabitah Sabri - “Kami Tak Ada Niat Pun Nak Sorok Cuma…”

Untuk rekod, Olimpik Paris 2024 merupakan penampilan ketiga Dhabitah selepas Rio 2016 dan Tokyo 2020.
Tahun ini, beliau dipilih untuk mengisi satu slot tambahan diberikan oleh Akuatik Dunia kepada Persekutuan Renang Malaysia (MAS) bagi beraksi di Paris pada lewat Jun.
Katanya beliau hampir mengucapkan selamat tinggal kepada sukan itu selepas gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik semasa acara kelayakan terakhir - Kejohanan Dunia 2024 di Doha, Qatar, Februari lalu.
Terdahulu, pemenang lima pingat Sukan Asia itu hanya mampu mencatatkan keseluruhan 244.80 mata untuk menduduki tempat ke-12 selepas lima terjunan di final, manakala penerjun China Chen Yiwen membawa pulang emas dengan 376.00 mata.
Saksikan aksi atlet Malaysia secara siaran langsung di Gempak.com. Ikuti perkembangan dan keputusan terkini Olimpik Paris 2024 di sini
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gegar-vaganza-11

GV11: Ambil Cuti Tanpa Gaji & Tak Minum Ais Langsung, Fairuz Selamat Cabar Diri Mahu Bolos Ke Final – “Kita Dah Lama Tak Menyanyi, Bagilah Peluang”

gempak
10/11/2024
08:50 MYT
Penyanyi Fairuz Selamat mengakui penyertaannya dalam program realiti nyanyian popular Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) adalah peluang terbesar dalam karier nyanyiannya.
Terkini

Kucing Jalanan Malaysia Rangkul Juara Dunia

gempak
07/11/2024
14:55 MYT
Kucing betina itu berjaya menambat hati para juri dengan kejinakan, ketenangan serta sifat manja ketika penghakiman dibuat dalam pertunjukan anjuran Persekutuan Kucing Antarabangsa (Fife) tersebut.
Hiburan

“Kena Pandai Cari Sesuatu Yang Boleh Mulakan…” - Jiggy Kongsi Tips Semarakan Rasa Romantik Buat Pasangan Jarak Jauh

gempak
07/10/2024
14:55 MYT
Bagi Jiggy atau nama sebenarnya, Jiggy Masin,35, sosial media ini boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan dalam sesuatu perhubungan kekeluargaan.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Layak Ke Final, Farhan Mustapha Dedah Nama Peserta Yang Mampu Beri Saingan – “Saya Sebut Tiga Nama, Antaranya…”

gempak
09/09/2024
08:55 MYT
Peserta Farhan Mustapha tidak menyangka namanya menjadi juara pada minggu separuh akhir sekali gus melayakkan diri ke pentas akhir Gimme The Mic Malaysia.
Sukan

"Saya Tak Nampak Diri Saya Akan Ke LA 2028 Sebagai Atlet" - Azizulhasni Awang

gempak
09/09/2024
06:25 MYT
Legenda berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, memberikan bayangan awal mengenai titik noktah kariernya selaku atlet apabila membuat keputusan untuk tidak beraksi dalam Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA 2028).
Unitar