Pasangan Kourtney Kardashian dan Travis Barker yang baru berkahwin nampaknya tidak menunggu lama untuk mendapatkan anak.

Namun, usaha mereka untuk mendapatkan anak dilihat agak tidak masuk akal apabila wanita itu mengaku melakukan satu praktis yang dinasihatkan oleh doktor.

Kourtney mendakwa doktor menasihatkannya meminum air mani Barker sebagai salah satu usaha mendapatkan anak dengan cepat!

Lantaran itu, dia mengatakan telah meminum air mani suaminya sekitar tiga hingga empat kali seminggu.

Pengakuan yang disifatkan sebagai tak masuk akal dan jijik itu dibuat dalam salah satu episod Hulu’s The Kardashians yang bersiaran hujung minggu ini.

“Saya tidak berapa ingat apa yang dicakapkan doktor. Tapi dia ada menyebut salah satu usaha cepat dapat anak minum semen (air mani),” kata Kourtney.

Travis yang duduk di sebelahnya menyambut: “Saya suka doktor ini.”

Untuk rekod, Kourtney sudah memiliki tiga orang anak hasil perkongsian hidup dengan bekas pasangannya, Scott Disick iaitu Mason, 12, Reign, 7, dan Penelope, 6.

Barker juga merupakan bapa kepada dua orang bapa iaitu Landon, 18, dan Alabama, 16, hasil perkahwinan dengan Shanna Moakler, dan seorang anak tiri iaitu Atiana De La Hoya, 23.

Kredit Foto: Pagesix