Pelakon Ashraf Muslim berkongsi kisah bahagia di Instagram selepas menerima kejutan sambutan hari jadi yang ke-41 oleh kedua isterinya, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi Ahad lalu.

Menurut Ashraf, dia berasa sangat terkejut dengan sambutan berkenaan dan berharap agar kedua isterinya sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah SWT.

“Happy birthday to me! Cerita semalam plan pergi berkelah jer. Gigihlah pagi-pagi semua orang bangun nak pergi berkelah.

“Ingatkan sebab nak bawak anak-anak pergi mandi manda… iyalah kan cuti sekolah. Angkatlah barang-barang semua gigih naik tangga. Duk cakap dalam hati apa yang beriya sangat sampai mcm-macam barang dibawanya.

“Sampai sahaja dekat atas setup-setup tempat makan dan terkejut saya bila Mama dan Ibu (panggilan untuk isteri-isterinya) setupkan semua ni untuk saya.

“Terima kasih Mama dan Ibu kerana meraikan birthday saya ke-41 ni. Dah tua dah. Saya doakan semoga Mama dan Ibu sentiasa dimurahkan rezeki, diberkati dunia dan akhirat. Maafkan ayah salah silap selama ini. Jika ayah pergi dulu jagalah anak-anak dengan baik. I love you all,” tulisnya.

Hasil perkongsian hidup Ashraf dengan Noor Dayana, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Anas Ashraf, 7.

Manakala, bersama Wan Sakinah pula, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, 8, Adam Ashraf, 7, dan Safiyyah Ashraf, 3.

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim)