Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Jiran Suka Hati Bakar Mercun Bola, Netizen Naik Geram - "Orang Tegur Baik-Baik Pun Masih ..."

Muhammad Firdaus
13/02/2024 09:50 MYT

“Dapat jiran perangai macam syaitan,” itulah keluhan netizen setelah melihat satu video tular berkaitan seorang jiran yang didakwa sesuka hati membakar mercun di kawasan perumahan.

Menerusi entri berdurasi 50 saat tersebut, dapat didengari pemilik video itu menjerit bertanyakan sebab kepada penggunaan mercun berkenaan, tetapi tidak mendapat sebarang respons oleh jirannya.

BERITA TRENDING: Lelaki Bertekak Dengan Mekanik, Bayar RM8,000 Tapi Kereta Tak Repair! - "Bila Call, WhatsApp Tak Respon"

“Dia baling belakang pula, Kenapa dengan Encik Salim tu? Encik Salim kenapa Encik Salim?!” soal pemilik video itu.
 


Menjengah ke ruangan balas posting berkenaan, rata-rata netizen menyelar tindakan tersebut namun ada juga yang berpendapat bahawa perkara itu dilakukan untuk menghalau binatang-binatang buas.

“Orang zaman ni tak tahu menghormati orang lain. Orang tegur baik-baik pun masih begitu juga, sama dengan jiran sini, haiwan peliharaan buat bising 24 jam bila kita tegur suruh kita bertolak ansur,”

“Panggil polis dan peguam. Cubaan mengakibatkan kecederaan dan membunuh,”

“Mungkin dia pasang mercun bersebab. Belakang rumah tu gelap macam hutan, dia halau babi ke apa.”

Setakat artikel ini ditulis, video itu meraih lebih 50,000 tontonan dan hampir 200 tanda suka di Platform X.

Sumber: Platform X
#Viral #Netizen #Mercun #Jiran